Perubahan Kepada Suatu Permulaan
"Abang, kenapa senyap saja nie..", tanya isteri saya apabila kerap melihat saya termenung sambil memandu.
"Erm...takde apa-apa", balas saya sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Namun diri ini sukar untuk menjelaskan kepada isteri saya tentang perubahan yang saya sedang alami ini. Bukannya menopaus, tapi suatu kesedaran yang merunsing dan menyakitkan otak. Saya dapati kesedaran ini akan hilang jikalau saya berhenti 'mencari' (membaca dll). Maka, saya teruskan 'pencarian' saya ini dan pelbagai 'benda-benda' menarik telah saya jumpai dan kongsi bersama isteri saya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit si isteri memahami apa yang bermain di otak kiri dan otak kanan saya.
Trasformasi Fikiran
Sejajar dengan artikel saya iaitu Pemikiran Manusia, secara linear saya mengalami transformasi pemikiran yang 'makin luas', kritkial dan makin dahaga kepada ilmu. Pelbagai persoalan demi persoalan mula timbul untuk mencari jawapan bagi masalah yang sistem-sistem yang berlaku di akhir zaman ini. Walaupun jawapan yang saya temui belum dapat dimuktamadkan, tetapi ianya cukup untuk menggerakkan diri ini sentiasa mencari disekeliling melalui bukti semasa, bukti semesta dan artikel-artikel orang lain.
Ibarat kata Dr. Danial bin Zainal Abidin:
"Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta".
A. Samad Said |
Banyakkan Membaca
Pernah suatu ketika, seorang anak murid A.Samad Said bertanya kepada beliau bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Dengan ringkas A. Samad Said menjawab "Banyakkan membaca dan teruskan membaca".
Untuk menjadi seorang yang hebat, kita perlu banyak membaca. Ramai tokoh-tokoh yang masih hidup pada zaman ini mengamalkan pembacaan yang berterusan dan berfikir sepangjang masa. Kerajaan sendiri di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-4, Dr. Mahathir bin Mohamad melancarkan secara rasminya Kempen Membaca pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan.
Berfikir Itu Anugerah Istimewa
Islam menganjurkan penganutnya untuk sentiasa berfikir menggunakan akal.
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Surah 12 Yusuf; Ayat 2]
Indeed, We have sent it down as an Arabic Qur'an that you might understand. [12:2]
Banyak ayat-ayat senada lainnya yang diakhiri dengan kalimat afala ta'qilun, afala tatafakkarun, afala ta'lamun, atau afala yafqahun."
Melalui pertukaran pendapat, saya dapati wadah internet adalah satu medium yang sangat mantop untuk mencari maklumat mengenai masalah dan teori-teori yang berlegar di persekitaran saya. Rujukan pada Quran dan Hadith, kemudian rujukan pada bahan-bahan ilimah seperti buku semuanya mula menarik minat saya. Mungkin dalam beberapa artikel akan datang, saya sudi berkongsi apa yang berlegar di fikiran saya. Bagi para blogger yang berkongsi bahan-bahan ilmiah tersebut, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Saya akur barangkali apa yang diteorikan oleh mereka adalah suatu bahan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh, namun ia cukup untuk mengajak sesiapa yang membacanya 'sedar' dan 'meneroka ilmu' untuk mencari pelbagai jawapan dalam kehidupan harian kita. FIKIR menggunakan otak. LIHAT melalui mata hati. Terima kasih juga kepada abang long dil (gelaran yg saya saje berikan pada rakan) kerana sudi berkongsi ilmu dan bertukar pendapat.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment