Tuesday 6 June 2017

2.9 Apa itu Pengurusan Nilai (Value Management)




Pengurusan Nilai dikenali dengan nama Value Management (VM) adalah suatu kaedah penilaian yang digunakan secara meluas di negara maju dan negara membangun. Di Malaysia, kaedah ini mula popular dan digunakan secara meluas dalam projek-projek kerajaan apabila pada 24 November 2009, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan Pengurusan Nilai dilaksanakan ke atas  projek Kerajaan  yang bernilai RM50 juta dan ke atas. Oleh yang demikian, bagi memastikan penggunaan kaedah ini diterapkan dalam semua perancangan dan pelaksanaan projek Kerajaan bermula dari peringkat  awal bagi  mendapatkan  pulangan  yang maksimum, Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3/2009 (Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai) bertarikh 29 Disember 2009 mula diperkenalkan dalam menjadikan VM sebagai salah satu alat perancangan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan akan datang.

1.0 Sejarah Pengurusan Nilai
Sejarah Pengurusan Nilai bermula pada tahun 1941 oleh seorang jurutera elektrik Amerika yang bernama Lawrence D. Miles yang bekerja di sebuah syarikat bernama General Electric Company. Kekurangan bahan yang dihadapi oleh GEC menyebabkan Timbalan Presiden GEC ketika itu, Harry Erlicher mengarahkan jabatan perolehan tempat Miles bertugas untuk mengkaji kaedah untuk mengkaji hubungan kos dan fungsi yang sesuai bagi mengatasi masalah kekurangan bahan.

Miles telah menghasilkan satu pendekatan berstruktur untuk mengkaji kos yang berkaitan dengan fungsi yang sesuai secara sistematik tanpa mengurangkan kualiti dan prestasi peralatan.

2.0 Definasi dan Konsep
Antara definasi VM yang popular adalah seperti berikut:-

L.D Miles (1940);
"is an organised approach to the is an organised approach to the identification identification
& elimination of unnecessary costs & elimination of unnecessary costs"

Kelly dan Male (1991);
"VM is a proactive, creative way, problem solving service, using structured systems and multi disciplinary team orientated approach to generate alternatives with the relationship of function with value"

Antara formula yang popular dalam menterjemahkan hubungan Nilai, Fungsi, Kualiti dan Kos adalah teori Dell Isola;



3.0 Metodologi Pengurusan Nilai
Kaedah yang popular dan biasa dipakai bagi mengkaji dan menilai berdasarkan konsep pengurusan nilai adalah melalui penganjuran Worksyop selama sekurang-kurangnya 40 jam. Kebiasaannya mengambil masa selama 5 hari dengan melalui sebanyak 5 fasa.

Fasa 1 - Fasa Maklumat
Fasa 2 - Fasa Analisis Fungsi
Fasa 3 - Fasa Kreativiti
Fasa 4 - Fasa Penilaian
Fasa 5 - Fasa Pembentangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...