Monday 9 November 2015

2.8 Sejarah Penubuhan Jabatan Kerja Raya


JABATAN KERJA RAYA adalah sebagai Perunding Utama Teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, JABATAN KERJA RAYA adalah penasihat dan perunding teknikal kepada semua Kementerian bagi pelaksanaan projek pembangunan, penyelenggaraan aset, fasilti dan infrastruktur bangunan.

Terdapat beberapa versi mengenai tarikh penubuhan JABATAN KERJA RAYA (JKR). Walaubagaimanapun, kesemua versi tersebut bersetuju mengenai objektif penubuhan JKR ketika itu iaitu berkaitan dengan penubuhan Pulau Pinang. Pihak British East India Company (Syarikat Hindia Timur Inggeris) adalah sebuah syarikat perdagangan ketika itu yang memerlukan sebuah stesen yang selamat dan strategik untuk memperbaiki kapal-kapal dagangan mereka sepanjang jalan dagangan laut iaitu England-India-China. Pulau Pinang ditemui sebagai sebuah lokasi strategik kerja-kerja tersebut.

JKR telah ditubuhkan pada 1872 semasa zaman pemerintahan Inggeris. Salah satu jabatan yang tertua diwujudkan di bawah pemerintahan ‘Crown Colony’ sebelum Perjanjian Pangkor ialah Public Works Department (PWD) dan kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR). Penubuhan JKR adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sistem politik kerajaan Inggeris di Negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka, Perak, Seberang Perai dan Pulau Pinang. Penubuhan jabatan-jabatan kecil oleh pihak Inggeris adalah kerana campurtangan pemerintah Inggeris dengan pemerintahan Raja-Raja Melayu khususnya selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 1874. Orang pertama yang dilantik mengetuai JKR pada ketika itu adalah bekas Jurutera Kolonial Negeri-Negeri Selat iaitu Major J.F.A McNair.

Dalam tahun antara 1948 -1956, organisasi JKR telah diubahsuai. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing. JKR telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran sebuah Kementerian. Pengarah JKR pula bertanggungjawab kepada Menteri berkenaan berhubung dengan perkara-perkara dasar Kementerian tersebut. Berikut adalah senarai Kementerian yang mentadbir JKR:-

1956 - Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom.

1975 - Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan

1978 - Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam.

1983 hingga kini - Kementerian Kerja Raya Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...