Wednesday 23 November 2016

2.9 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional 2.0

Artikel ini untuk menyokong dan melengkapkan lagi 'Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional' dari segi permohonan kepada badan kawal selia iaitu Board of Engineer Malaysia (BEM).

Bagi memudahkan pemahanan terhadap artikel kali ini, tuan/puan perlu merujuk kepada artikel saya sebelum ini iaitu 2.6 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional.

Sambungan daripada Langkah Keempat...

Melalui Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015), secara ringkasnya Jurutera Profesional kini telah mempunyai dua peringkat iaitu:-

1. Jurutera Profesional - 1st tier
2. Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (Practising Certificate) - 2nd tier

FAQ

Soalan:  Apa beza proses mendapatkan 1st tier dan 2nd tier?
Jawapan: Proses untuk mendapatkan 1st tier tetap sama. Proses untuk mendapatkan 2nd tier adalah perlu mendapatkan 1st tier dahulu dan perlu melalui satu lagi ujian yang dinamakan Professional Competency Examination (PCE).

Soalan:  Yang mana perlu saya dapatkan?1st tier atau 2nd tier?
Jawapan: Kita hanya perlu mendapatkan 1st tier sahaja untuk bergelar Jurutera Profesional. 2nd tier adalah untuk Jurutera Profesional yang ingin mengamalkan Perniagaan dan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Profesional

Perbezaan Seal berdaftar 2nd tier dan 1st tier. No pendaftaran juga akan mengalami perubahan.

Seterusnya, sedikit ulang kaji untuk Langkah KeempatTerdapat ada 3 cara untuk bergelar Jurutera Profesional:-
Cara 1: Melalui Professional Assessment Exam oleh BEM
Cara 2: Melalui Corporate Member oleh IEM
Cara 3: Melalui badan kawal selia Jurutera Profesional luar negara (Overseas Regularly Body)

Perbezaan antara Cara 1, Cara 2 dan Cara 3

Bagi yang ingin mendapatkan sehingga 2nd tier, selamat maju jaya diucapkan. Saya kongsikan contoh surat kelulusan permohonan 2nd tier sebagai pembakar semangat. Apa tunggu lagi...



Untuk artikel seterusnya, mungkin kita boleh melihat perkembangan terkini terhadap pendaftaran Teknologi Kejuruteraan (Engineering Technology) di bawah badan kawal selia BEM.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...