Nur Allah - Islam
Sejak dari kecil saya telah diterapkan dengan ideologi demokrasi dan nasionalisme. Adakalanya dalam tidak sedar saya dan orang lain diterapkan dengan fahaman perkauman (nasionalisme etnik). Menurut Syed Qutb, nasionalisme yang menganggap negara sebagai nilai tertinggi, komunisme yang ateis dan demokrasi yang merampas kedaulatan Tuhan, semuanya adalah manifestasi jahiliah dan doktrin-doktrin yang dibawa oleh penjajah Barat. Menurut beliau, jahiliah moden ini jauh lebih buruk daripada di zaman Rasulullah s.a.w kerana perilaku jahat dan kufur jahiliah dulu didasarkan pada kebodohan manakala perilaku dan jahiliah moden kini lebih membentuk kepada pemberontakan terhadap Tuhan, Allah s.w.t.

Kehidupan di akhir zaman ini sungguh mencabar sekali dengan serangan bertali arus para kuffar yang tidak pernah berhenti untuk melenyapkan Islam. Namun, walau bagaimana hebat sekalipun kaedah yang digunakan oleh mereka, membunuh pemimpin Islam, meracuni pemikiran umat Islam, memecah belah kepercayaan sesama Muslim, cahaya Islam tidak akan pudar sesuai dengan firman Allah s.w.t:
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian) [Surah 61 As-Saff:Ayat 8]
They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah will perfect His light, although the disbelievers dislike it. [61:8]
Kesedaran Dalam Jaga
Malam itu, sesudah solat Maghrib di Masjid, saya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Farid Ravi. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Para jemaah tersentak seketika apabila ditanya Ustaz Farid Ravi "Berapa ramaikah orang kafir yang telah anda Islamkan(berdakwah)?"
Rata-rata para jemaah yang hadir berumur setengah abad semuanya menundukkan kepala; insaf. Beruntungnya kita dilahirkan dengan Islam tanpa perlu mencarinya NAMUN belum tentu kita akan meninggal dunia dengan Islam jika kita tidak berusaha untuk melakukan kefardhuan sebagai seorang muslim.
Teringat pula perbualan saya dengan sepupu beberapa tahun lepas di sebuah kedai makan berdekatan Subang Jaya. MMH (sepupu saya) baru balik dari kursus selama 6 bulan di Hong Kong. Antara perkara yang menarik minat saya adalah MMH mengikuti kursus di Hong Kong bersama beberapa rakan sekerjanya yang semuanya tidak beragama Islam dan berketurunan Cina. Kewajipan seperti solat tidak ditinggalkan oleh MMH dan ini menimbulkan pertanyaan kepada rakan-rakan Cinanya mengenai Islam. Terdapat beberapa soalan yang ditanya oleh rakan Cina mengenai solat tersebut dan mengenai Islam yang rata-rata orang Islam di Malaysia seperti saya 'lemah' dan hilang punca untuk menjawabnya (pendek kata-cetek kefahaman ilmu Islam). Antara soalanya ialah:-
1. Kenapa bila sembahyang (solat), you sembah dinding (merujuk kepada masjid/surau) dengan batu (merujuk kepada Kaabah)?
2. Kenapa you sembahyang tapi kawan saya melayu (Islam) yang satu lagi tak sembahyang (solat)?
3. Kenapa orang Islam mesti berpuasa (bulan ramadhan) lepas tu makan banyak waktu malam?
4. Kenapa orang Islam tidak boleh makan babi? Sedap maa...
5. Kenapa ada setengah orang Islam minum arak tapi setengah pula kata tak boleh?
Mencungkil Rasa Insaf
Kucar kacir umat Islam di akhir zaman ini gagal menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka yang tidak beragama Islam sehinggakan mereka tidak dapat merasa 'keagungan' roh Islam itu sendiri. Kebanyakan umat Islam di Malaysia hanya hidup mengamalkan ajaran Islam berdasarkan apa yang telah mereka pelajari di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah tanpa memahami intipati ajaran Islam itu sendiri dan mendalaminya. Akhirnya membawa kepada kepincangan dan kesesatan dalam amalan kehidupan harian kita. Contoh soalan-soalan asas yang saya sisipkan sebentar tadi adalah sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri kerana masih lemah dalam memahami apa itu Islam, Iman dan Ihsan sehingga gagal untuk menerangkan dalam bentuk ringkas, terang dan jelas permasalahan dan persoalan berkaitan asas-asas fardhu ain, tauhid, feqah dan tasawwuf.
Dakwah, interaksi dan kefahaman Islam juga gagal kita berikan kepada rakan-rakan beragama lain sehingga mereka tidak tahu apa itu Islam dan tidak menghormati agama Islam kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agama sendiri. Pernah suatu ketika semasa saya di tingkatan lima, saya dan rombongan sekolah menghadiri 'PC Fair' kecil yang dianjurkan di Dewan SS3 MBPJ. Dalam perjalanan ke dewan tersebut dengan menaiki bas sekolah kami, pihak penganjur telah dimaklumkan dan bersetuju untuk memenuhi permintaan menyediakan raung solat bagi rombongan kami . Apabila masuk waktu solat fardhu Zohor, kami bersedia untuk menunaikan solat namun terkejut apabila melihat ruang solat yang disediakan adalah di atas pentas dewan (telah ditutup dengan langsir) dan siap tersusun kerusi plastik sebanyak 40 buah mengadap dinding. MasyaAllah..akhirnya kami berjalan kaki dan solat di Masjid yang paling hampir dengan dewan tersebut.
Moral:
1. Kefahaman amalan ibadah Islam perlu diperlihatkan dan dijelaskan kepada golongan bukan Islam agar mereka faham dengan amalan ibadah kita.
2. Kita juga perlu menghormati kepercayaan golongan bukan Islam dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim.
Tuntas, marilah kita sama-sama mencari dengan lebih agresif, berguru dan bersanad dengan para alim ulama' agar kita dapat memahami Islam dengan lebih sempurna, tanpa was-was.
Wallahu A'lam.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYg lebih mengharukan lagi, kini ramai non islam yg 'turn-off' dr lebih 'mencari' erti islam kerana penganut islam di Malaysia sendiri iaitu bangsa melayu - nereka tidak mahu mengetahui lebih tentang islam (walaupun curious sebenarnya) kerana takut/tidak mahu ada kena-mengena dgn 'melayu'! extreme, yes, but this is what is happening now.
ReplyDelete