Bulan Latihan
Sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan kita semua sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramai yang masih lalai dan kurang arif mengenai kelebihan dan barakah bulan Ramadhan ini. Saya sendiri dalam proses menghayati bulan Ramadhan dengan ibadah dan meninggalkan perkara-perkara sampingan yang tidak memberi faedah (perkara yang biasa dilakukan di bulan-bulan lain-menonton t.v dsb). Bulan ini adalah masanya untuk kita melatih semula diri kita menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.
Latihan (1 bulan) = Praktikal (11 bulan)
Begitulah konsep pandangan kita bagi seorang muslim kerana di bulan inilah semua iblis dan syaitan diikat.
Dari Abu Hurairah r.a; Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).
Dari sudut pandangan yang satu lagi (syaitan), bulan Ramadhan adalah bulan untuk mereka melihat hasil latihan selama sebelas bulan samada dapat merosakkan hamba Allah di dalam bulan Ramadhan ataupun tidak. Lantas, itulah jawapannya kenapa sesetengah kita masih membuat onar dan kemungkaran di bulan Ramadhan ini tika iblis dan syaitan diikat kerana latih tubi 'kejahatan' yang telah kita lalui dalam tempoh 11 bulan lalu.
Latihan (11 bulan) = Praktikal (1 bulan)
Fakta Menarik Bulan Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
- diambil dari kata akar (dalam bahasa Arab)"ramiḍa" atau "ar-ramaḍ".
2) Bulan di turunkan Al Quran
- bulan di mana ayat Quran pertama kali diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w di Gua Hira'. (ayat 1-5 surah Al-'Alaq)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra
- Tahun ke-2 Hijrah, Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah s.a.w bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.
4) Pembukaan Kota Mekah
- 21 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. Allah s.w.t memberi kemenangan besar kepada Rasulullah s.a.w dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda s.a.w bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda s.a.w berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda s.a.w memasuki kota Makkah.
5) Malam Al-Qadar
- malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Firman Allah s.w.t:-
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar [1]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [2]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan [3]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) [4]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar [5]
[Surah 97 Al-Qadr;Ayat 1-5]
Indeed, We sent the Qur'an down during the Night of Decree. [1]
And what can make you know what is the Night of Decree? [2]
The Night of Decree is better than a thousand months. [3]
The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter. [4]
Peace it is until the emergence of dawn. [5]
[97:1 to 5]
6) Zakat Mula Disyariatkan
- Tahun ke-2 Hijrah. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta dan dunia.
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir (sebelum azan subuh)
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
----------------------------------------------------------------------------------------------------
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri (ketika berpuasa)
41) Mendoakan ibu bapa samaada masih hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Berasa sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
----------------------------------------------------------------------------------------------------
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri (ketika berpuasa)
41) Mendoakan ibu bapa samaada masih hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Berasa sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
Puasa Rasulullah s.a.w
Petunjuk puasa dari Nabi s.a.w adalah petunjuk yang paling sempurna, paling mengena dalam mencapai maksud, serta paling mudah penerapannya bagi segenap jiwa.
Di antara petunjuk puasa dari Nabi s.a.w pada bulan Ramadhan adalah :
Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan |
Memperbanyak melakukan berbagai macam ibadah. Malaikat Jibril a.s senantiasa membacakan Al-Qur'anul Karim untuk Nabi s.a.w pada bulan Ramadhan; Nabi s.a.wjuga memperbanyak sedekah, kebajikan, membaca Al-Qur'anul Karim, solat sunat, zikir, i'tikaf dan bahkan Nabi s.a.w mengkhususkan beberapa macam ibadah pada bulan Ramadhan, hal yang tidak baginda lakukan pada bulan-bulan lain. Nabi s.a.w menyegerakan berbuka dan menganjurkan demikian, Nabi s.a.w makan sahur dan mengakhirkannya, serta menganjurkan dan memberi semangat orang lain untuk melakukan hal yang sama.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment