Wednesday, 21 September 2011

1.22 Keberkatan dalam Amalan; Ramadhan

Puasa Enam Hari Syawal 1432H
Bulan Syawal bakal berakhir dalam beberapa hari lagi. Saya sendiri baru selesai dalam menunaikan sunnah Nabi s.a.w untuk berpuasa enam (6) hari di dalam bulan syawal.

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa saja yang telah berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti puasa setahun” (HR. Muslim, Abu Dawud, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Darimi. Sementara Bazzar meriwayatkan hadits yang sama dari jalan Abu Hurairah ra.)

Dari Tsauban r.a bahwa Rasulullah Saw bersabda:
Puasa sebulan Ramadhan-sama-dengan puasa sepuluh bulan. Dan puasa enam hari di bulan Syawal-sama-dengan puasa dua bulan. Dengan demikian sama dengan puasa setahun.” (HR. Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra).

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). [Surah 6 Al-An'aam;Ayat 160]
Whoever comes [on the Day of Judgement] with a good deed will have ten times the like thereof [to his credit], and whoever comes with an evil deed will not be recompensed except the like thereof; and they will not be wronged. [6:160]

Maka timbullah kira-kira bagaimana datangnya 'ibarat berpuasa selama setahun' itu.
30 hari berpuasa Ramadhan = 30 x 10  [brg siapa buat 1 kebaikan, maka 10 kebaikan buatnya]
                                           = 300 hari
                                           = 10 bulan
6 hari berpuasa Syawal = 6 x 10  [brg siapa buat 1 kebaikan, maka 10 kebaikan buatnya]
                                    = 60 hari
                                    = 2 bulan
Akhirnya 10 bulan + 2 bulan = 12 bulan berpuasa = Satu (1) tahun.

Keberkatan Bulan Ramadhan
Berlalunya bulan yang penuh barakah itu meninggalkan kesan tarbiyyah ke atas setiap individu muslim. Kesan tarbiyyah selama sebulan itu sepatutnya dapat membantu kita membersihkan 'diri' dan hati yang suci ini untuk kembali kepada fitrah; penyucian jiwa dan hati. Antara intipati khutbah di pagi raya yang saya cerapi pada bulan lepas adalah mengenai keberkatan amalan kita di dalam bulan bulan Ramadhan. Antara cara muhasabah diri bagi melihat samada bulan ramadhan yang baru kita lalui berjaya kita harungi dengan jaya dan beroleh keberkatan darinya adalah dengan melihat kesan tarbiyyah itu pada bulan-bulan berikutnya bermula dari bulan Syawal. Andainya tiada perubahan pada diri kita sebelum, semasa dan selepas bulan ramadhan ini, maka kita telah lalui proses tarbiyyah Ramadhan tanpa beroleh manfaat dan keberkatannya.
Pengalaman Semasa Ramadhan 1432H
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini memberi kelainan yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, jumlah amalan yang dilakukan berkurangan sedikit pada Ramadhan tahun ini. Namun, keberkatan dari amalan yang dilakukan amat saya rasai. Mungkin kali ini saya menyuntik sedikit perbezaan dalam menghadapi Ramadhan. Antaranya ialah amalan membaca Al-Quran disertai juga dengan membaca maknanya dan yang paling berbeza dari tahun-tahun sebelumnya ialah saya berbuka dengan makan cukup sekadar yang perlu. Walaupun tidak secara menyeluruh, tapi lebih dari 20 hari saya berbuka hanya dengan makan kurma, seketul lauk dan air. Saya begitu menjaga makan dan minum saya agar perut tidak kekenyangan. Badan terasa ringan ketika ingin membuat ibadah. Bertemukah kita semua dengan malam Lailatul Qadar? Apakah pengalaman yang kita hadapi tika itu? Siapakah insan yang terpilih untuk bertemu Lailatul Qadar?

21 malam harum semerbak....

Wallahu A'lam.

1.21 Fenomena Islam di Malaysia

Golongan Murtad Yang Merebak
Sejak pertama kali saya mendengarnya dari tahun 1997 hingga ke hari ini, isu murtad di Malaysia kedengarannya makin menjadi-jadi. Bukan kerana sebelum 1997 tidak ada yang murtad sehingga tidak pernah kedengaran, namun selepas tahun 1997, terdapat dua faktor yang menyebabkan isu ini tersebar luas iaitu:-
  1. Golongan yang ingin murtad menjadi lebih berani menampilkan diri secara terbuka.
  2. Orang Islam yang berani mendedahkan malapetaka yang melanda umat Islam di Malaysia.
Hakikatnya semua manusia termasuk orang Melayu di Malaysia ini semuanya dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu Islam. Kemudian dibesarkan dengan adat-adat kemelayuan dan ajaran agama Islam. Oleh itu, apakah punca dan silapnya orang melayu yang Islam tetapi ingin murtad? Pelbagai isu, fakta dan spekulasi boleh diketengahkan untuk dibincangkan dari institusi keluarga hinggalah institusi negara.

Langkah Yang Diambil
Dari segi perlembagaan itu sendiri, apabila disebut sahaja mengenai Melayu, pastilah akan diIslamkan Melayu itu kerana 'Melayu adalah Islam'. Itu adalah antara langkah penting yang telah dibuat bagi melindungi bangsa Melayu Islam. Seterusnya lagi, sekolah-sekolah agama kontemporari diwujudkan, silibus-silibus agama wajib diajar kepada semua orang  Islam, sambutan Maal Hijrah dan Maulidur rasul diraikan, tilawah Quran dianjurkan dan zakat dikutip untuk pembangunan dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Semua yang dilaksanakan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembangunan umat Islam di sini. Saya sendiri adalah 'hasil' dari pelaksanaan dasar pembangunan Islam yang telah dibuat. Maka, gagalkah sistem yang dirangka itu?

Kelemahan Asas
Meletakkan kesalahan secara total kepada sesuatu sistem bukanlah suatu penyelesaian. Ramai ibu bapa yang mengambil langkah inisiatif menjalankan sendiri pengajaran Islam yang intensif dengan membawa anak mengaji dan berguru dengan para ulama yang alim lagi mursyid. Ada sesetengah individu  mengambil inisiatif mendirikan sekolah tahfiz dan sekolah pondok untuk mewariskan ilmu para nabi. 

Kerap saya mengingatkan diri saya perkara pertama yang kita perlu lakukan untuk mengubah diri sendiri adalah dengan mengakui kelemahan/kesalahan diri dahulu. Dari situ barulah akan terbuka jalan dan cebisan azam untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Begitu juga kehidupan kita sebagai seseorang yang bergelar Muslim di negaraku Malaysia ini. Berapa ramai di antara kita yang mampu untuk memberikan jawapan mengapa kita perlu menunaikan solat. Itu belum lagi ditanya berapa ramai yang menunaikan solat. Kulit luar berhiaskan Islam namun hati di dalam tiada siapa yang tahu. Kelemahan kebanyakan Melayu yang dilahirkan Islam pada hari ini ialah menjadikan agama Islam itu tidak lebih hanya sekadar warisan nenek moyang yang harus dipegang agar tidak hilang jati melayunya, bukan kerana Islam itu wajib dipegang kerana tauhidnya pada tuhan semesta alam.
Mutiara Yang Hilang
"Apabila saya merantau ke luar negara, saya dapat lihat 'Islam' dikalangan orang bukan Islam tetapi apabila saya pulang ke tanah air, saya tidak dapat lihat 'Islam' dikalangan orang Islam."

Sinis sungguh kata-kata tersebut tetapi jika kita ambil untuk muhasabah diri, kita akan faham fenomena yang melanda masyarakat Melayu-Islam Malaysia pada hari ini. 
"..dapat lihat Islam dikalangan orang bukan Islam.." membawa erti orang-orang bukan Islam di luar negara didapati mengamalkan cara hidup yang disarankan oleh Islam setelah mereka melalui satu transformasi peningkatan taraf hidup negara maju. Melalui kajian dan tindakan penambahbaikan, mereka dapati kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik adalah dengan mengamalkan 'etika' (Islam) hidup tersebut.
"..tidak dapat lihat Islam dikalangan orang Islam.." membawa erti orang-orang Islam di tanah air ini didapati tidak mengamalkan ajaran murni dalam Islam walaupun nama dan pakaian mereka melambangkan keIslaman mereka.

Ramai para sarjana yang menganut ajaran Islam apabila mengakui kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t melalui ciptaan-ciptaanNya sehingga ada antara mereka yang berkata "Saya masuk Islam kerana saya telah jatuh cinta kepada kehebatan dan keindahan Islam itu sendiri melalui kajian yang dilakukan. Andaikata saya hanya melihat kepada umat Islam yang ada pada hari ini sahaja, nescaya saya mungkin masih tidak akan Islam sehingga ke hari ini!"
Sehingga Nafas Yang Terakhir
Kunci ke Syurga = Dua Kalimah Syahadah
Tiada Ilah Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah
There is no Ilah but Allah, and Muhammad is the messenger of Allah

Sedarlah wahai rakan-rakan yang gusar dan keliru, beruntunglah bagi bangsa Melayu yang dilahir dan dibesarkan dalam Islam, namun permulaan yang baik bukan segala-galanya kerana pengakhiran yang indah adalah matlamat kita. Mati kita dengan mengakui tauhid pada Allah s.w.t adalah kunci untuk kita ke syurga. Maka pegang eratlah kunci tersebut walaupun ianya sepanas bara api. 

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan di kala ramai di Malaysia ini yang ingin keluar dari Islam, akan tetapi apa yang berlaku di luar negara adalah sebaliknya. Di Amerika, secara puratanya lebih 20,000 orang menganut agama Islam setiap tahun. Tragedi September 11 yang mengaitkan Islam dengan keganasan di Amerika sehingga membentuk peperangan ke atas beberapa negara Islam telah Allah s.w.t gantikan kematian orang-orang Islam tersebut dengan kemasukan saudara Islam yang baru secara berpusu-pusu. Pengerusi CAIR (Council on American-Islamic Relations) memaklumkan bahawa 34,000 orang telah menganut agama Islam atas kesedaran dan bertitik tolak dari tragedi tersebut. Buku-buku mengenai Islam habis dipinjam di perpustakaan, Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris termasuk dalam senarai buku paling laris di Amerika kini, ramai yang mula membuka mata ingin mengetahui mengenai Islam, mengunjungi masjid dan membuat perbincangan secara ilmiah untuk memahami Islam. Retorik yang mengatakan Islam disebarkan melalui pedang dan darah boleh disangkal di atas fakta yang berlaku sekarang ini.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian) [Surah 61 As Saff;Ayat8]
They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah will perfect His light, although the disbelievers dislike it. [61:8]

Walau sejahat dan sejahil mana pun kita, kita perlu sedar kita sedang memegang sebuah mutiara yang sangat berharga bersama-sama dengan sebuah kunci yang perlu kita pertahankan dengan nyawa kita. Lengkapkan diri kita dan keluarga dengan ilmu syariat dan makrifatullah, pertahankan aqidah dan iman kita dan sampaikan peringatan dan bantuan kepada rakan-rakan yang lain agar sama-sama kita dapat mengharungi ombak fitnah akhir zaman ini. Keluar dari Islam bukan penyelesaian kepada kekusutan yang berlaku dalam diri kerana kita telah menolak fitrah kita secara langsung. Banyakkan berfikir dan mencari ilmu agar terus maju dan dapat membantu.

Maka yang mana satukah di antara nikmat tuhan kamu yang ingin kamu dustakan?

Wallahu A'lam.

Wednesday, 7 September 2011

1.20 Kejayaan dalam Kehidupan

Panduan Hidup Bersyariat - SOLUSI
Selepas satu minggu bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, akhirnya saya kembali semula bekerja pada 7 Syawal 1432H. Keadaan jalan raya pada waktu petang kembali sesak sewaktu saya dalam perjalanan pulang  untuk mengambil anak dan isteri. Saya pasang radio untuk menyegarkan otak dengan informasi yang berguna, insyaAllah. Alhamdulillah, rancangan stesen radio ikim pada petang itu memberi satu renjatan maklumat yang sangat berguna bagi saya. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengupas mengenai erti Kejayaan beserta dengan analoginya yang sangat menarik sehingga tertariklah saya untuk terus mendengarnya. Tidak dapat saya nafikan bakat beliau dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dapat bidang penulisan Islam dan motivasi menjadi antara penyebab saya dan isteri untuk terus membaca majalah SOLUSI.

Kejayaan Bukanlah Suatu Perhentian
Kejayaan itu adalah satu proses dalam hidup kita dan sebagai suatu pengalaman untuk kita bawa meniti masa mendatang. Kita perlu terus bergerak ke hadapan untuk berhadapan mehnah dan tribulasi yang tiada penamatnya sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Di saat itulah 'dunia' akan berhenti mengejar kita dan di saat itulah baru kita tahu bahawa diri kita ini 'baik' atau sebaliknya. Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita diterima oleh Allah s.w.t untuk masuk ke dalam jannah di akhirat kelak, insyaAllah. Melalui tazkirah yang saya dengar pada petang itu, kesimpulan yang saya perolehi ialah Ustaz Pahrol Juoi menggariskan kejayaan mestilah mempunyai tiga (3) elemen berikut:-
1. Mempunyai visi dan misi
Visi 
- tanggapan yangg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan.
- perkara yang cuba untuk dicapai.
Misi 
- tugas khusus yg dipertanggungjawabkan untuk dilakukan untuk menjayakan visi tersebut.
- metodologi, kaedah dan perancangan yang khusus.
2. Membangun diri ke tahap maksimum
- perkara yang dibuat adalah satu benda yang mencabar diri, memberi input dan pengalaman yang baru.
- mengharungi dugaan dan rintangan.
3. Membawa kebaikan kepada orang sekeliling
- hasil yang didapati memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
- tidak menindas orang lain demi untuk mencapai matlamat.

Kisah Si Profesor dan Si Nelayan
Apa yang menarik seterusnya ialah analogi yang diberi oleh beliau mengenai tahap kebijaksanaan manusia. Ujar beliau, dalam dunia ini tiada seorang manusia pun yang dilahirkan 'bodoh'. Perbezaan antara kita semua adalah tingkat kebijaksanaan dan kepakaran yang berbeza. Hmm...bukan sama ke maksudnya? Mari kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah berikut:-

Adapun suatu ketika dahulu, seorang profesor menaiki sampan untuk menuju ke sebuah destinasi. Sampan yang dinaiki kepunyaan si nelayan ini bergerak merentasi lautan yang tenang. 
"Awak tidak pernah pergi ke sekolah ke?" bertanya profesor tersebut kepada nelayan tersebut.
"Tidak pernah", balas nelayan itu sambil menundukkan kepala.
"Maknanya awak telah kehilangan sebahagian daripada hidup awak!" ujar profesor itu.
Suasana di atas sampan sunyi seketika.
"Kalau macam itu, awak pandai membaca dan menulis tak?" soal semula profesor tersebut.
"Tidak", balas nelayan itu ringkas.
"Maknanya awak telah kehilangan sebahagian lagi daripada hidup awak!" ujar profesor itu.
Suasana di atas sampan sunyi semula. Tiba-tiba, takdir menentukan segalanya. Sampan yang didayung itu mengalami kebocoran dan mereka masing-masing makin tenggelam ke dalam air. Lantas, bertanya pula si nelayan kepada profesor tersebut.
"Awak pandai berenang tak?"
"Tidak", balas profesor itu cemas.
"Maknanya awak akan kehilangan seluruh hidup awak!" ujar nelayan itu.

Jauhi Diri Dari Sifat Sombong dan Bongkak
Pengajaran dari kisah tersebut ialah setiap orang mempunyai tingkatan kepandaian dan kemahiran yang berbeza. Amat rugi sekali pada diri kita untuk memandang rendah kepada orang lain dengan menyangka diri kita lebih hebat. Hikmah Allah s.w.t cipta manusia dengan tingkat kebijaksanaan yang berlainan sangat besar. Dalam sekelip mata, Allah s.w.t berkuasa untuk menunjukkan pada kita bahawa kemahiran yang kita agung-agungkan ada ketikanya tidak berguna dalam situasi yang lain. Kemahiran yang kita hinakan pula yang memberi jasa dan pulangan yang lebih lumayan pada situasi tersebut.

Hidup kita ini saling bergantungan antara satu sama lain. Si Kaya perlukan Si Miskin, Si Tinggi perlukan Si Rendah dan begitulah juga sebaliknya. Yang tua perlu menyayangi yang muda, yang muda perlu menghormati yang tua. Si profesor perlu pada nelayan dan nelayan perlu pada profesor. Tanpa nelayan, profesor tidak akan dapat makan ikan, tanpa profesor, nelayan tidak ketemu kemajuan.

Si Besar perlukan Si Kecil, Si Bos perlukan Si Pekerja. Kesemua tingkatan kebijaksanaan ini memberi satu kebergantungan 'kehidupan' kepada kita. Kita perlu dan mahu kepada hidup bermasyarakat. Namun apakah sumbangan dan pengorbanan kita dalam hidup bermasyarakat?

Wallahu A'lam.

Thursday, 25 August 2011

1.19 Menziarahi Kubur Tok Ayah

Tok Ayah ialah datuk saya yang menjadi perantau dan penyebab kami semua menjadi 'warga Kuala Lumpur'. Bekerja sebagai kakitangan awam yang kerap merantau di sekitar Perak, penempatan akhir beliau adalah di Kuala Lumpur.  Tok Ayah telah meninggal dunia ketika saya masih berumur kurang dari 5 tahun. Saya masih ingat lagi mengucup dahi arwah sebelum Tok Ayah dibawa ke tanah perkuburan.
Gambar Hiasan
Kini, sudah lebih 20 tahun Tok Ayah meninggalkan kami sekeluarga. Maka, sudah lebih 20 tahun juga kami menziarahi kubur Tok Ayah saban tahun menjelang raya yang bakal tiba. Kalau dahulu, Opah dan adik beradik ayah akan turun ke Tanah Perkuburan Islam Ampang untuk membaca Yaa Sin dan tahlil. Ada ketikanya dibuat di pagi raya, ada ketikanya dibuat sebelum hari raya. Hari ini, hanya ayah anak beranak dan adik-beradiknya sahaja yang menziarahi kubur Tok Ayah kerana Opah sudah makin uzur.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Ketika masih kecil, saya sering bertanya ayah mengapa perlu ke kubur Tok Ayah setiap kali raya Aidilfitri. Ayah hanya menjawab untuk mendoakan Tok Ayah keampunan dan kesejahteraan. Lazimnya dalam masyarakat kita, amalan menziarahi kubur akan nampak lebih jelas pada bulan Ramadhan dan pada awal bulan Syawal; sama ada menziarahi kubur ibu bapa atau lain-lain sanak saudara.

Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan kerana ia sunnah Rasulullah s.a.w. Di samping menghidupkan hubungan antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati, terdapat lain-lain manfaat atau tujuan yang boleh diperolehi dari amalan menziarahi kubur itu seperti yang disarankan oleh Islam, antaranya ialah:  
1) Supaya dikasihi oleh Allah  s.w.t, dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah  s.a.w.
2) Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah.
3) Menginsafi dan muhasabah diri tentang hari kematian, alam kubur dan hari Kiamat.
4) Mengambil iktibar atau  pengajaran dari apa yang telah berlaku.
5) Melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran. 
6) Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia.
7) Selalu ingat pada kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
8) Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Wahai Tok Ayah, cucumu ini sudah besar dan berkeluarga. Semoga Tok Ayah mendapat rahmat, redha dan keampunan Allah s.w.t. Amin.

Wallahu A'lam.


Thursday, 18 August 2011

1.18 Mencintai dan Mencontohi Rasulullah s.a.w

Guru Yang Berdakwah Melalui Akhlak
Memasuki sekolah asrama di Kuala Selangor pada tahun 1996 banyak membawa perubahan kepada diri saya. Walaupun perubahan yang saya alami tidak 'drastik', namun kesedaran dalam diri yang senantiasa mengiringi dan membentuk saya sehingga ke hari ini (kesemuanya adalah dengan izin Allah s.w.t) sangat saya syukuri, alhamdulillah. Pada awalnya diri saya ini hanya berazam untuk menjadi seorang yang baik, meninggalkan segala 'kenakalan' semasa di sekolah rendah dahulu. Makanya, 6 bulan pertama saya di sekolah berjaya membentuk diri saya untuk tidak menjadi nakal seperti dahulu. Namun, takdir Allah s.w.t, budi pekerti dan akhlak yang ditunjukkan oleh hamba Allah ini sedikit sebanyak membawa impak kepada diri saya.

Beliau yang saya maksudkan adalah Ustaz Kasyfi. Namun beliau cukup unik dengan membawa perkataan kasyaf yang boleh ditakrifkan sebagai menyingkap maklumat di sebalik hijab yang berupa perkara ghaib dan perkara perkara yang benar adaKasyaf ialah satu istilah yang dipakai kepada pembuka hijab melalui ilham, ia ialah sumber maklumat yang menyamai wahyu kepada nabi-nabi, antara wahyu dan ilham dibezakan oleh penerima sama ada nabi ataupun bukan.

Sepanjang hampir 30 tahun saya hidup di bumi Allah ini, belum lagi saya berjumpa dengan manusia yang se'unik' beliau. Kecintaan beliau pada Rasulullah s.a.w boleh dilihat dalam kehidupannya dari awal pagi sehingga ke malam hari (beliau juga merupakan warden asrama kami). Tazkirah yang beliau berikan selalu saya ikuti dan dalami. Antara kata-kata beliau yang sering terngiang di telinga saya adalah:-

"Adik-adik yang mulia, macam mana kita hendak tahu seseorang itu sahabat yang baik? Sahabat yang baik adalah apabila kita melihat padanya, kita teringat pada Allah s.w.t"

"Adik-adik yang mulia, bagaimana kita hendak rasakan kebesaran Allah s.w.t? Kalau kita hendak rasa kebesaran Allah s.w.t, selalulah puji dan sebut kebesaran Allah"

Sering mengikuti Jemaah Tabligh ketika cuti sekolah, beliau selalu senyum dan memakai wangi-wangian. Apa yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat amalkan dalam muamalah, itulah yang beliau cuba amalkan. Memuliakan serta menyayangi yang muda dan memuliakan serta menghormati yang tua. Pernah sekali saya tersentak dan insaf dengan tingkah laku saya yang lewat ke Musolla untuk solat Mahgrib. Ketika itu laungan azan Maghrib telah selesai dan saya termasuk dalam beberapa pelajar yang terlambat turun kerana leka melepak di bilik asrama. Ustaz Kasyfi melaung dari bawah memanggil kami untuk segera turun (giliran beliau bertugas sebagai warden minggu itu).
"Adik-adik mulia, siapa-siapa lagi yang ada di atas tu cepat turun! Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kepada adik-adik ku ini yang lambat turun untuk solat Maghrib" laung beliau keras memanggil kami sambil menitiskan air mata sedih melihat perangai kami. Tersentak dengan kasih sayang beliau yang selalu menganggap kami sebagai adik beliau, saya sentiasa turun awal ke Musolla selepas peristiwa tersebut. Dakwah beliau kepada kami berbentuk tazkirah dan akhlak. Beliau sering memberi salam kepada para pelajar apabila berselisih jalan. Beliau tidak malu mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Suatu ketika, beliau pernah membawa sahabat saya ke Kuala Lumpur untuk menuju ke Masjid India. Di tengah-tengah bandaraya itu, beliau membaca surah Quran sambil berjalan (boleh didengari oleh orang sekeliling). Ke'pelik'kan beliau mengamalkan sunnah Nabi s.a.w di tengah bandar metropolitan mengundang kilasan mata orang sekelliling namun tidak diendahkan. Beliau berpesan kepada sahabat saya "Jangan malu mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w". Tidak pernah saya melihat beliau tanpa memakai celak. 

Menjadi tradisi di asrama, 'musuh' para pelajar lelaki yang nakal adalah guru disiplin dan warden asrama. Para warden sering menjadi bahan 'tiru gaya' kami sebagai bahan menghibur. Antara trademark beliau yang sering menjadi siulan kami dalam kata-kata ialah "Adik-adik yang mulia". Tazkirah setiap malam yang diberikan selepas solat Maghrib oleh beliau sedikit sebanyak melembutkan hati saya dan mengajak diri ini turut mencintai Rasulullah s.a.w. 
Renungan Diri
Kewajiban mencintai Rasulullah S.A.W haruslah melebihi cinta kepada :

Pertama: Diri sendiri
Ini diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari dari Abdulah bin Hisyam r.a bahwa ia berkata:
Kami pernah bersama Nabi s.a.w, ketika itu baginda beriringan dengan Umar bin al Khattab r.a, lalu Umar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku sendiri." Maka Nabi s.a.w bersabda: "Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya! Hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri." Maka Umar r.a pun berkata kepadanya: "Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."  Maka Nabi s.a.w bersabda: "Sekarang wahai Umar."

Kedua: Orang tua dan anak
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
Demi Dzat yang jiwaku ada ditanganNya, tidaklah diantara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.”

Ketiga: Keluarga, harta dan seluruh manusia. 
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak beriman seorang hamba sehingga aku lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan seluruh manusia.

Menggapai Kemanisan Iman
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Anas r.a, bahwa Nabi s.a.w telah bersabda:
"Tiga perkara, barang siapa yang tiga hal tersebut berada dalam dirinya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; hendaknya Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada selainnya, hendaklah ia mencintai seseorang dan tidak mencintainya kecuali hanya kerana Allah, dan hendaklah ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebenciannya bila dilemparkan ke dalam api."

Tanda cinta pada Rasulullah s.a.w:-
Pertama: Rindu Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam di atas segalanya
Kedua  : Mengorbankan harta dan jiwa demi Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Ketiga  : Tunduk terhadap perintah dan menjahui larangan Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Keempat : Membela sunnah dan memperjuangkan syariat yang dibawa Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam.

Tuntas, dimanakah kedudukan kita sebagai manusia yang mengaku umat Muhammad s.a.w? Kebiasaannya apabila kita mencintai seseorang, kita akan mahu mengetahui segala-galanya tentang si 'dia'. Adakah kita tahu bila Rasulullah s.a.w lahir? di mana? siapa ibu bapanya? datuknya? berapakah jumlah anak baginda s.a.w? Justeru, marilah kita sama-sama mengungkap semula sirah Rasulullah s.a.w. Kenali baginda dan berpegang teguh pada 'harta pusaka' warisan Nabi s.a.w; Al-Quran dan As-Sunnah.

Wallahu A'lam.

Wednesday, 17 August 2011

1.17 Sedarlah Bahaya Yang Menanti - FB

Fenomena dan Gejala FB

Bayangkan dua situasi yang sama, cuma melalui medium, masa dan tempat yang berbeza.

Situasi A
Seorang anak dara menampal gambar singlenya yang dikelilingi bunga-bunga yang cantik dan mekar di papan kenyataan sekolah sambil menulis nota "bestnya kalau dapat ke sini dengan bakal hubby".
Komen:
Gilaaa!Malulah saya semua orang baca! Bukan muhrim (lelaki) akan baca, guru-guru akan baca. Tindakan seperti itu akan menjatuhkan maruah saya!

Situasi FB
Seorang anak dara mempostkan gambar singlenya yang dikelilingi bunga-bunga yang cantik dan mekar di FB sambil menulis nota "bestnya kalau dapat ke sini dengan bakal hubby".
Komen:
Sweetnya...Semoga bertemu jodoh cepat. Biasalah orang berkongsi luahan rasa hati. Bukan dengan orang lain tapi dengan rakan-rakan perempuan saya je. Orang lain yang baca tu sebenarnya penyibuk!

Hakikatnya, Situasi FB adalah seperti menegakkan benang yang basah. Ustaz Zaharuddin juga melalui laman webnya Zaharuddin.net telah acapkali memperingatkan tentang FB melalui artikelnya Dosa-Dosa & Facebook. Secara ringkasnya beliau menjelaskan keburukan FB yang sangat banyak namun hanya enam (6) yang disenaraikan sebagai peringatan:
1) Mendedah keaiban suami, isteri
"Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka."
Contoh:
"hubby marah kat saya T_T"
"janganlah marah lagi ye sayaaanggg"
"tak kira...nak jugak balik kg mak saya raya kali ni!"
"rasa kasih dan sayang antara kami makin pupus... ("_) "
"hari ni tak tau nak masak apa, ada sape2 nak blanja?"
"malasnya hari ni..nak tido lah..muaahh uols"
"saya suka bila awak panggil saya sayang... :>"

2) Terlebih bergambar
"Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu."

"Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di FB"

3) Penyamaran
"Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah bertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu."

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
"Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya."

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
"Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya."

6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
"Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik."
FB - NWO (New World Order)
FB adalah laman web sosial yang dilancarkan pada Februari 2004 dan menjuarai tempat pertama menggantikan Myspace dan Friendster. Dipelopori oleh Mark Zuckerberg bersama rakan kolejnya, FB telah menarik lebih 138.9 juta pengunjung di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2011 dan lebih 50% penduduk Amerika mempunyai akaun FB. Terdapat sebanyak 213 negara yang mempunyai penduduk yang menggunakan FB. Di Malaysia, kita berada di tangga-16 dengan jumlah pengguna yang berdaftar dengan akaun FB melebihi 8.9 juta mengatasi negara China yang berada di tangga-129 dan mempunyai penduduk paling ramai di dunia iaitu hanya sebanyak 83 ribu pengguna sahaja. Sehingga Januari 2011, FB telah mempunyai seramai 600 juta pengguna di seluruh pelosok dunia. Setiap hari, secara puratanya para pengguna FB akan upload lebih daripada 200 juta gambar dan FB mempunyai simpanan gambar melebihi 90 billion.

Ramai daripada kita yang kurang kesedaran dan ada setengahnya tidak ambil peduli bahawa sebarang maklumat/privasi yang kita berikan setiap kali kita berdaftar menggunakan servis PERCUMA (e-mail, FB dan sebagainya) sebenarnya bukanlah PERCUMA seperti yang disangka. 
" Nothing in the world is FREE "
" Nothing comes without a price "
Secara diam, maklumat yang kita berikan di'pergunakan' oleh penjenayah siber dan dianalisis oleh pihak-pihak tertentu. Maka tidak hairan jika FB kerap membuat perubahan drastik terhadap term of services mereka sehingga munculnya teori yang mengaitkan FB dengan CIA dan badan pertahanan US.

When a website, movie, news article, book, or any media element that excels and rises to a number one spot, you can be assured that there is illuminati/governmental influence and funding behind the success! "
" Facebook.com has become a One World Global Database under the guise of “social networking” where deluded people put their most personal information OPENLY and VOLUNTARILY…forget using loyalty cards, they can be tracked directly. "
" With facebook on GPS/smart phones, possibly someday you can Google a Facebook user, and it will tell you their exact precise location…possibly the CIA has this technology available to them now "
Hakikatnya, FB digunakan oleh pihak CIA sebagai profile database dan mereka akan melihat latar belakang kita serta pattern friends di samping melanggar privasi seperti alamat, no telefon, email dan sebagainya. Terdapat satu teori mengatakan antara cara Dajjal mencari Imam Mahdi adalah dengan menggunakan FCR (Face Recognition Technology). FB akan mengimplimentasikan penggunaan FCR ini dalam skala yang besar dan menggalakkan para pengguna untuk menggunakannya kerana ianya 'fun & interesting'Berdasarkan kajian yang dibuat oleh orang Yahudi (mereka mengetahui lebih banyak rahsia berbanding kita) dan mengikut perbincangan antara ulama tasawwuf, Imam Mahdi telah lahir di dunia ini, namun masa untuk Imam Mahdi muncul dan sedar bahawa dirinya Imam Mahdi masih belum sampai. Oleh itu, segala usaha sedang dijalankan untuk mereka mengesan dan menghapuskannya.
Bagi mereka yang menggunakan Blackberry pula, sudah tentu lebih mudah dimonitor oleh perisik-perisik yang mempunyai access di server Blackberry Messenger (BBM) di USA (ingat! tiada yang PERCUMA!). Ini satu lagi bentuk intipan terbaru yang turut direlakan oleh kita sendiri dan dalam konteks lain mungkin adalah salah satu bentuk penghambaan (slavery) zaman moden.  Tidak perlu terkejut apabila maklumat seperti sms, alamat rumah, no telefon, tarikh lahir, minat kita dan maklumat ahli keluarga kita telah disimpan rapi dan dianalisa oleh mereka kerana kita sendiri dengan tidak sengajanya telah RELA tanpa sedar. Bersama ini disertakan contoh maklumat peribadi iaitu no. telefon bimbit yang telah dikumpul di dalam akaun FB. Klik dalam akaun FB masing-masing; ACCOUNT> EDIT FRIENDS > CONTACTS. Kita akan dapati terdapat beberapa no. telefon rakan-rakan kita di dalamnya yang mana pasti ramai yang tidak sedar akan perkara ini dan bagaimana ia berlaku!
No. telefon bimbit rakan-rakan di FB (bagaimana boleh wujud?)

Pilihan Diri Sendiri - Usaha Untuk Berubah
Kerap saya memperingatkan adik-adik saya agar tidak meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat dan jangan meletakkan gambar rakan-rakan yang tidak menutup aurat walaupun mereka sememangnya 'jenis' yang tidak memakai tudung. Dosa akan tetap kita tanggung kerana kita secara tidak langsung mendedahkan aurat orang lain.

Situasi lain:
"Hm...saya dah ambil langkah berjaga-jaga, segala maklumat yang ada dalam FB (gambar tidak bertudung dan sebagainya), saya dah control melalui privacy settings agar hanya orang yang saya approved sahaja boleh lihat"

Fakta yang kita perlu ketahui adalah apa yang kita muatkan di internet (FB) akan menjadi milik dan simpanan mereka samada kita rela ataupun tidak. Walaupun selepas kita sedar dan delete akaun FB, maklumat dan gambar yang dimasukkan sebelum ini tidak akan hilang dan ianya hanya tidak akan dipaparkan. Gambar yang tidak menutup aurat akan tetap dapat dilihat oleh mereka samada kita sedar ataupun tidak. Jika begitu, apa hukumnya meletakkan gambar yang tidak bertudung?

Melalui artikel yang saya keluarkan kali ini, saya tidak meletakkan hukum FB ini haram/halal dan sebagainya kerana selagi kita menjaga tertib dan adab dalam FB, semuanya kelihatan Islamik dan sopan. Namun, agenda besar-besaran pihak Yahudi dalam menguasai dunia telah lama bermula. Antaranya melalui penggunaan televisyen, filem, muzik, sukan dan internet. Penjajahan secara halus dan besar-besaran sedang dilakukan oleh mereka sehingga kita sendiri tidak merasakannya. Yang Haq menjadi Batil dan yang Batil menjadi Haq.

Antara fakta yang kita perlu ketahui ialah para Zionis adalah golongan yang bertanggungjawab mengawal dunia kini dan merekalah yang menguasai media massa. Maka jika kajian dibuat terhadap pengasas kuasa-kuasa yang mendominasi dunia IT dan internet ini, kita akan dapati mereka semua mempunyai kaitan dengan Zionis dan yahudi:-
  • Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz - Facebook
  • Christopher Isaac “Biz” Stone co-founder of Twitter.
  • Larry Page and Sergey Brin, founders of Google (Google juga menguasai “Blogger” and YouTube)
  • Peter Thiel founder of Paypal, and original founder for Facebook
  • Michael Saul Dell, founder of Dell
  • Larry Ellison, founder of Oracle
  • Phillipe Kahn, founder of Borland.
  • Steve Ballmer CEO of Microsoft.
  • Bill Gates is of the 13 bloodlines of the Illuminati called the Saxe-Coburg-Gotha line (Winsor)
  • Robert Kevin Rose founder of Digg.com.
  • Scott Blum founder Buy.com
  • Rob Glaser founder RealNetworks and Real Player
Peringatan dan teguran telah diberikan bagi mereka yang sudi mendengar dan ingin berubah. Bergantung kepada diri kita sendiri samada ingin menjadi hamba Allah s.w.t yang taat dan patuh pada perintah-Nya ataupun tidak. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, namun hakikatnya semuanya adalah dengan ketentuan Allah s.w.t. Tanamkan azam dan berusahalah untuk melakukan perubahan dan pilihan yang terbaik.
Wallahu A'lam.

Monday, 15 August 2011

1.16 Muhasabah Diri - Di Mana Tahap Kita?

Nur Allah - Islam
Sejak dari kecil saya telah diterapkan dengan ideologi demokrasi dan nasionalisme. Adakalanya dalam tidak sedar saya  dan orang lain diterapkan dengan fahaman perkauman (nasionalisme etnik). Menurut Syed Qutb, nasionalisme yang menganggap negara sebagai nilai tertinggi, komunisme yang ateis dan demokrasi yang merampas kedaulatan Tuhan, semuanya adalah manifestasi jahiliah dan doktrin-doktrin yang dibawa oleh penjajah Barat. Menurut beliau, jahiliah moden ini jauh lebih buruk daripada di zaman Rasulullah s.a.w kerana perilaku jahat dan kufur jahiliah dulu didasarkan pada kebodohan manakala perilaku dan jahiliah moden kini lebih membentuk kepada pemberontakan terhadap Tuhan, Allah s.w.t.

Kehidupan di akhir zaman ini sungguh mencabar sekali dengan serangan bertali arus para kuffar yang tidak pernah berhenti untuk melenyapkan Islam. Namun, walau bagaimana hebat sekalipun kaedah yang digunakan oleh mereka, membunuh pemimpin Islam, meracuni pemikiran umat Islam, memecah belah kepercayaan sesama Muslim,  cahaya Islam tidak akan pudar sesuai dengan firman Allah s.w.t:
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian) [Surah 61 As-Saff:Ayat 8]
They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah will perfect His light, although the disbelievers dislike it. [61:8]


Kesedaran Dalam Jaga
Malam itu, sesudah solat Maghrib di Masjid, saya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Farid Ravi. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Para jemaah tersentak seketika apabila ditanya Ustaz Farid Ravi "Berapa ramaikah orang kafir yang telah anda Islamkan(berdakwah)?"
Rata-rata para jemaah yang hadir berumur setengah abad semuanya menundukkan kepala; insaf. Beruntungnya kita dilahirkan dengan Islam tanpa perlu mencarinya NAMUN belum tentu kita akan meninggal dunia dengan Islam jika kita tidak berusaha untuk melakukan kefardhuan sebagai seorang muslim.

Teringat pula perbualan saya dengan sepupu beberapa tahun lepas di sebuah kedai makan berdekatan Subang Jaya. MMH (sepupu saya) baru balik dari kursus selama 6 bulan di Hong Kong. Antara perkara yang menarik minat saya adalah MMH mengikuti kursus di Hong Kong bersama beberapa rakan sekerjanya yang semuanya tidak beragama Islam dan berketurunan Cina. Kewajipan seperti solat tidak ditinggalkan oleh MMH dan ini menimbulkan pertanyaan kepada rakan-rakan Cinanya mengenai Islam. Terdapat beberapa soalan yang ditanya oleh rakan Cina mengenai solat tersebut dan mengenai Islam yang rata-rata orang Islam di Malaysia seperti saya 'lemah' dan hilang punca untuk menjawabnya (pendek kata-cetek kefahaman ilmu Islam). Antara soalanya ialah:-
1. Kenapa bila sembahyang (solat), you sembah dinding (merujuk kepada masjid/surau) dengan batu (merujuk kepada Kaabah)?
2. Kenapa you sembahyang tapi kawan saya melayu (Islam) yang satu lagi tak sembahyang (solat)?
3. Kenapa orang Islam mesti berpuasa (bulan ramadhan) lepas tu makan banyak waktu malam?
4. Kenapa orang Islam tidak boleh makan babi? Sedap maa...
5. Kenapa ada setengah orang Islam minum arak tapi setengah pula kata tak boleh?
Mencungkil Rasa Insaf
Kucar kacir umat Islam di akhir zaman ini gagal menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka yang tidak beragama Islam sehinggakan mereka tidak dapat merasa 'keagungan' roh Islam itu sendiri. Kebanyakan umat Islam di Malaysia hanya hidup mengamalkan ajaran Islam berdasarkan apa yang telah mereka pelajari di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah tanpa memahami intipati ajaran Islam itu sendiri dan mendalaminya. Akhirnya membawa kepada kepincangan dan kesesatan dalam amalan kehidupan harian kita. Contoh soalan-soalan asas yang saya sisipkan sebentar tadi adalah sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri kerana masih lemah dalam memahami apa itu Islam, Iman dan Ihsan sehingga gagal untuk menerangkan dalam bentuk ringkas, terang dan jelas permasalahan dan persoalan berkaitan asas-asas fardhu ain, tauhid, feqah dan tasawwuf.

Dakwah, interaksi dan kefahaman Islam juga gagal kita berikan kepada rakan-rakan beragama lain sehingga mereka tidak tahu apa itu Islam dan tidak menghormati agama Islam kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agama sendiri. Pernah suatu ketika semasa saya di tingkatan lima, saya dan rombongan sekolah menghadiri 'PC Fair' kecil yang dianjurkan di Dewan SS3 MBPJ. Dalam perjalanan ke dewan tersebut dengan menaiki bas sekolah kami, pihak penganjur telah dimaklumkan dan bersetuju untuk memenuhi permintaan menyediakan raung solat bagi rombongan kami . Apabila masuk waktu solat fardhu Zohor, kami bersedia untuk menunaikan solat namun terkejut apabila melihat ruang solat yang disediakan adalah di atas pentas dewan (telah ditutup dengan langsir) dan siap tersusun kerusi plastik sebanyak 40 buah mengadap dinding. MasyaAllah..akhirnya kami berjalan kaki dan solat di Masjid yang paling hampir dengan dewan tersebut.
Moral: 
1. Kefahaman amalan ibadah Islam perlu diperlihatkan dan dijelaskan kepada golongan bukan Islam agar mereka faham dengan amalan ibadah kita.
2. Kita juga perlu menghormati kepercayaan golongan bukan Islam dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim.

Tuntas, marilah kita sama-sama mencari dengan lebih agresif, berguru dan bersanad dengan para alim ulama' agar kita dapat memahami Islam dengan lebih sempurna, tanpa was-was.

Wallahu A'lam.

Friday, 12 August 2011

1.15 1001 Ragam Peniaga dalam 1001 Macam Perniagaan

Sarapan Pagi Yang Menarik
Kedai Makanan adalah di tingkat Atas
Lokasi: Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan
Tahun : 2011
Masa : Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

Saya: "Kak, kira berapa harga makanan ni" (sambil jari menuding ke pinggan)
Penjual: "Em...Dua puluh dua ringgit" (sila bayangkan dalam versi kelate)
Saya: "Em..ok..."
Saya: "Eh..berapa tadi?"
Penjual: "Dua puluh dua ringgit"  (sila bayangkan dalam versi kelate)
Saya: "Eh..biar betul kak dua puluh dua ringgit!"
Penjual: "Betul la tu, yang seekor ni tujuh ringgit, yang seekor ni lima belas ringgit(sila bayangkan dalam versi kelate)
Gambar Hiasan - udang yang dimakan lebih kurang besar macam ini
Saya terkejut dan diam sebentar. Setelah berfikir beberapa saat, saya akur dengan harga yang ditetapkan penjual kerana dua (2) ekor udang yang dimakan sebentar tadi telah beradu elok di dalam perut saya. Makanan yang dimakan perlu diminta HALAL. Duit kertas RM50 dihulur tanpa banyak bicara. 

Sarapan awal pagi setelah solat subuh di Kelantan itu telah memberikan kejutan dan peringatan kepada saya. Betapa dalam perniagaan ini, 1001 benda yang tidak masuk akal boleh berlaku. Namun yang membezakan 1001 jenis peniaga ini adalah peniaga yang JUJUR dan AMANAH. Bagi saya, adalah agak keterlaluan meletakkan harga seekor udang yang sebesar stapler dengan harga RM7 dan RM15. Niat untuk berjimat makan sarapan pagi telah hilang punca.

Mencari Redha Allah Dalam Berniaga
Islam adalah agama yang mengatur perhubungan sesama manusia. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam seharian. 

Islam menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga dan jualbeli bukan hanya sekadar untuk memburu dan mengaut keuntungan komersial semata-mata, tetapi lebih menitik-beratkan kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna. Malahan Islam mengkategorikan urus niaga dan jual beli sebagai fardu Kifayah iaitu tanggungjawab bersama masyarakat Islam. Kadang-kadang fardu Ain iaitu tanggungjawab individu seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga. 

Segala urus niaga dan jualbeli menurut kacamata Islam ialah yang tidak berlaku penindasan kepada orang lain samada kepada pembeli atau pengguna. Konsep perniagaan dalam Islam berasaskan apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T melalui al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. [Surah 4 An-Nisa':Ayat 29]
O you who have believed, do not consume one another's wealth unjustly but only [in lawful] business by mutual consent. And do not kill yourselves [or one another]. Indeed, Allah is to you ever Merciful. [4:29]

Konsep yang terkandung di dalam ayat ini amat penting didalam sistem ekonomi Islam yang memberi maksud kedua-dua pihak penjual dan pengguna atau pembeli sama-sama merasa rela dan berpuas hati tanpa terdapat penindasan dan penipuan satu sama lain. 

Perniagaan Dalam Era Globalisasi
Sindiran terhadap konsep perniagaan kini
Peristiwa yang saya alami itu adalah dalam skala yang kecil daripada peniaga kecil-kecilan. Perniagaan dalam skala besar banyak melibatkan pendokong-pendokong ekonomi kapitalis. Penindasan selalu berlaku kepada kita sebagai pengguna antara sedar ataupun tidak. Namun itulah hakikatnya yang berlaku di akhir zaman ini. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Wallahu A'lam.

Wednesday, 10 August 2011

3.1 Menariknya Bulan Ramadhan

Bulan Latihan
Sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan kita semua sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramai yang masih lalai dan kurang arif mengenai kelebihan dan barakah bulan Ramadhan ini. Saya sendiri dalam proses menghayati bulan Ramadhan dengan ibadah dan meninggalkan perkara-perkara sampingan yang tidak memberi faedah (perkara yang biasa dilakukan di bulan-bulan lain-menonton t.v dsb). Bulan ini adalah masanya untuk kita melatih semula diri kita menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.
Latihan (1 bulan) = Praktikal (11 bulan)

Begitulah konsep pandangan kita bagi seorang muslim kerana di bulan inilah semua iblis dan syaitan diikat.
Dari Abu Hurairah r.a; Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibukapintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

Dari sudut pandangan yang satu lagi (syaitan), bulan Ramadhan adalah bulan untuk mereka melihat hasil latihan selama sebelas bulan samada dapat merosakkan hamba Allah di dalam bulan Ramadhan ataupun tidak. Lantas, itulah jawapannya kenapa sesetengah kita masih membuat onar dan kemungkaran di bulan Ramadhan ini tika iblis dan syaitan diikat kerana latih tubi 'kejahatan' yang telah kita lalui dalam tempoh 11 bulan lalu.
Latihan (11 bulan) = Praktikal (1 bulan)

Fakta Menarik Bulan Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik 
 - diambil dari kata akar (dalam bahasa Arab)"ramiḍa" atau "ar-ramaḍ".
2) Bulan di turunkan Al Quran
- bulan di mana ayat Quran pertama kali diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w di Gua Hira'. (ayat 1-5 surah Al-'Alaq)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra
- Tahun ke-2 Hijrah, Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah s.a.w bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.
4) Pembukaan Kota Mekah
- 21 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. Allah s.w.t memberi kemenangan besar kepada Rasulullah s.a.w dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda s.a.w bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda s.a.w berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda s.a.w memasuki kota Makkah.
5) Malam Al-Qadar 
- malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Firman Allah s.w.t:-




Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar [1]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [2]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan [3]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) [4]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar [5]
[Surah 97 Al-Qadr;Ayat 1-5]
Indeed, We sent the Qur'an down during the Night of Decree. [1]
And what can make you know what is the Night of Decree? [2]
The Night of Decree is better than a thousand months. [3]
The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter. [4]
Peace it is until the emergence of dawn. [5]
[97:1 to 5]

6) Zakat Mula Disyariatkan
- Tahun ke-2 Hijrah. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta dan dunia.

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :    
    -  Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.    
    -  juga doa pada sepertiga malam.    
    -  10 hari pertama adalah mulanya rahmat,    
    -  10 hari pertengahan - pengampunan,    
    -  10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. 

Amalan-amalan di bulan Ramadhan 
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau 
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir (sebelum azan subuh)
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
----------------------------------------------------------------------------------------------------
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
----------------------------------------------------------------------------------------------------
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri (ketika berpuasa)
41) Mendoakan ibu bapa samaada masih hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Berasa sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

Puasa Rasulullah s.a.w
Petunjuk puasa dari Nabi s.a.w adalah petunjuk yang paling sempurna, paling mengena dalam mencapai maksud, serta paling mudah penerapannya bagi segenap jiwa.

Di antara petunjuk puasa dari Nabi s.a.w pada bulan Ramadhan adalah :

Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan
Memperbanyak melakukan berbagai macam ibadah. Malaikat Jibril a.s senantiasa membacakan Al-Qur'anul Karim untuk Nabi s.a.w pada bulan Ramadhan; Nabi s.a.wjuga memperbanyak sedekah, kebajikan, membaca Al-Qur'anul Karim, solat sunat, zikir, i'tikaf dan bahkan Nabi s.a.w mengkhususkan beberapa macam ibadah pada bulan Ramadhan, hal yang tidak baginda lakukan pada bulan-bulan lain. Nabi s.a.w menyegerakan berbuka dan menganjurkan demikian, Nabi s.a.w makan sahur dan mengakhirkannya, serta menganjurkan dan memberi semangat orang lain untuk melakukan hal yang sama.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...