Lawatan Teknikal dan Kunjungan Muhibbah
Lantikan AJK yang baru bagi Kelab CKM tahun 2011 adalah bertujuan untuk memberi nafas yang baru kepada aktiviti kelab. Tahniah saya ucapkan kepada AJK bagi Biro Rekreasi kerana berjaya merancang dan merealisasikan lawatan dan kunjungan muhibbah CKM Ibu Pejabat ke negeri Pulau Pinang. Aktiviti yang 'lama' berjaya dihidupkan kembali dengan komitmen dan kerjasama staf-staf dari Ibu Pejabat CKM. Saya juga tidak terkecuali menyertai rombongan tersebut yang julung-julung kali diadakan semenjak saya mula bekerja pada tahun 2007.
Bertolak dari Pejabat
Ahli rombongan berkumpul seawal pagi di Mid Valley sebelum menaiki bas. Syabas saya ucapkan kepada staf-staf senior yang turut hadir bagi menyertai rombongan julung kali ini. Sokongan dan komitmen yang mereka tunjukkan boleh dijadikan sebagai tauladan bagi staf-staf baru yang baru menyertai organisasi CKM. Kali terakhir saya datang ke Pulau Pinang untuk 'berjalan-jalan' adalah lebih dari 15 tahun lalu. Bukannya tidak pernah datang ke Pulau Pinang kebelakangan ini, namun saya hanya hadir ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Datang...mesyuarat...balik...datang...mesyuarat...balik.
Senarai kehadiran ahli rombongan |
Perjalanan menaiki bas amat menyeronokkan. Sekali-sekala terfikir juga bagaimana agaknya rombongan saya dan keluarga ke Kelantan minggu hadapan bagi menghadiri majlils perkahwinan adik saya di Tanah Merah. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik, insyaAllah.
Durian For Life
Antara aktiviti menarik yang dapat kami lakukan sepanjang tempoh kunjungan muhibbah adalah 'menyental' durian. Eat All You Can adalah motto rombongan kami dalam menikmati juadah tersebut. Sungguh lama saya tidak menjamah durian dalam 'skala yang besar'. Saya adalah peminat durian, namun kali terakhir saya 'membalun' durian dalam skala yang besar adalah pada hari raya tahun 1998. Saya masih ingat ketika itu kami sekeluarga balik kampung dan singgah ke kebun opah, Suak Petai di Manong, Perak. Murahnya rezeki Allah s.w.t beri pada kami sekelurga pada raya tika itu. Pokok durian berbuah menyambut kedatangan cucu-cucu yang balik beraya. Seluruh Manong beraya sakan dengan durian. Lepas mengutip durian(s) di kebun, kami bersantai beramai-ramai di bawah rumah kampung menikmati durian. Cukup lazat dan kenyang perut kami jadinya. Tapi jumlah durian yang ada masih banyak! Lebih dari 30 biji rasanya. Apa yang kami buat agar tidak membazir adalah mengopek semua durian itu dan ambil isinya untuk dibuat tempoyak. Sambil membuka setiap kulit durian itu, sambil saya meratah ulas durian. Di penghujung babak, saya rasa demam dan cukup muak dengan durian, akhirnya durian telah kehilangan sokongan salah seorang peminat 'kipas susah mati'nya. Pelik tapi benar...
Perlawanan Persahabatan
Memupuk semangat kesukanan dan berpasukan sangat penting dalam sesebuah organisasi. Perlawanan bola sepak menjadi antara wanted list dalam aktiviti kami dalam merapatkan silaturrahim dengan CKM P.Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan rumah di atas kemenangan di tempat sendiri.
Bergambar antara pasukan sebelum perlawanan |
Keretapi Bukit Bendera
Aktiviti kemuncak kami dalam lawatan teknikal ialah mengunjungi Bukit Bendera dan melihat cara-cara keretapi baru Bukit Bendera beroperasi.
Pintu masuk yang telah dinaik taraf |
Sebahagian ahli rombongan |
Spesifikasi teknikal keretapi tersebut |
Keretapi sedang bergerak turun menggunakan sistem takal |
Pemandangan dari atas Bukit Bendera |
Misi menawan Bukit Bendera - BERJAYA! |
Kunjungan dua hari ke Pulau Pinang mencatatkan sejarah yang tersendiri bagi kami. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi menuju ke negeri-negeri lain. Sokongan perlu diberi bagi menjayakan aktiviti seperti ini. Hidup kita bukan hanya untuk kerja sahaja. Berukhwah dengan masyarakat sekeliling adalah penting dan apabila kita banyak meneroka alam ciptaan Allah s.w.t ini, barulah kita tahu betapa kerdilnya kita dalam dunia ini dan betapa ceteknya ilmu kita mengenai banyak benda di sekeliling.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment