Kunjungan ke Rumah Anak Yatim
Hampir beberapa bulan berlalu, tugasan yang diberi oleh Pengurus Besar masih tidak disempurnakan. Saya ditugaskan untuk menganjurkan suatu lawatan muhibbah ke rumah anak yatim sebagai salah satu aktiviti sumbangan kemasyarakatan, namun ianya masih tidak dapat ditunaikan akibat tidak fokus dengan tugasan dan cuba mencari rumah anak yatim yang sesuai berdasarkan ciri-ciri yang diperlukan oleh Pengurus Besar iaitu tempat tersebut perlulah berdekatan dengan pejabat di Putrajaya, terletak di kawasan kampung dan dhaif.
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.
Hasil carian saya di beberapa tempat menyebabkan niat terbatal ekoran terdapat rumah amal anak yatim yang ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian dan JAKIM.
Rumah Amal BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH (BBWM)
Alhamdulillah, sedang saya tercari-cari rumah anak yatim yang sesuai, dua minggu sebelum bulan ramadhan saya dipertemukan dengan pamplet BBWM dari sekolah adik saya. Subhanallah, jauh hingga ke Banting dicari, rupanya BBWM hanya 15km dari rumah saya dan hanya 30km dari Putrajaya.
Objektif ditetapkan, rancangan diaturkan, akhirnya semua ahli Pasukan Projek bersetuju agar diadakan lawatan tersebut di dalam bulan Ramadhan untuk melipat gandakan pahala amalan.
Istimewanya BBWM ini adalah kerana ianya mempunyai lebih dari 70 orang anak yatim dan asnaf zakat dan mereka menyewa sebidang tanah seluas 3 ekar di Giching Hilir untuk membuat rumah, surau dan menjalankan aktiviti ternakan dan tanaman. Mujur ustaz yang menjadi sukarelawan di BBWM tersebut mempunyai kepakaran IT dan menyediakan laman sesawang bagi BBWM sekaligus memudahkan para pelawat/pengunjung membuat rujukan dan temujanji.
26 Julai 2013
Objektif lawatan adalah agar ahli Pasukan Projek dapat merasai keindahan Islam dan menyemai semangat ukhuwah, kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan semua anggota masyarakat, memupuk sifat mahmudah dan membuang sifat mementingkan diri sendiri.
Lawatan ini telah dihadiri oleh 9 orang wakil dari Pasukan Projek beserta sumbangan wang, beg, jubin dan tudung. Hasil dari perbincangan dengan wakil BBWM sebelum lawatan, mereka memerlukan sumbangan wang ringgit untuk membeli kasut sekolah dan pakaian outing untuk para pelajar.
Alhamdulillah, objektif lawatan tercapai dan membuka mata semua yang terlibat menyertai lawatan amal tersebut. Moga kerja amal dan keikhlasan sukarelawan yang membantu menjaga anak-anak yatim dan asnaf zakat mendapat redha dan rahmat Allah s.w.t hendaknya kerana pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan mereka.
Wallahu A'lam.
Ternakan ayam, itik dan angsa |
Ternakan arnab dan tanaman pokok getah |
Asrama perempuan |
Kawasan persekitaran BBWM |
Wakil Pasukan Projek dan BBWM |
Alhamdulillah, objektif lawatan tercapai dan membuka mata semua yang terlibat menyertai lawatan amal tersebut. Moga kerja amal dan keikhlasan sukarelawan yang membantu menjaga anak-anak yatim dan asnaf zakat mendapat redha dan rahmat Allah s.w.t hendaknya kerana pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan mereka.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment