Nasyid Yang Memperingatkan
Timbul tenggelam kewujudan nasyid di Malaysia ini ibarat sabut kelapa. Daripada irama padang pasir hingga irama rap. Namun, bagi saya, nasyid yang terbaik adalah yang yang terkesan di hati hingga mengajak kita mengingati Allah. Nasyid konvensional menjadi pilihan pertama di hati saya kerana saya dibesarkan dengan irama nasyid tersebut. Bukan lagunya yang menjadi pilihan, tetapi liriknya yang saya titik beratkan. Maka, entri pertama saya adalah bersempena tajuk lirik lagu kumpulan nasyid The Zikr:- Secerah Pawana
Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah
Kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih
Kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana
Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah
Zaman Persekolahan Yang Membentuk
Masih terngiang sayup alunan suara Nazrey Johari sebagai munsyid lagu tersebut. Lantas, terdetik rasa di hati saya sayu mengenang kembali zaman persekolahan saya di Kuala Selangor. Tiga (3) tahun kembara di sana banyak membentuk diri saya dan mengajar saya erti kehidupan, memperkenalkan saya pada Islam, pembentukan aqidah yang betul dan sebagainya. Dua (2) tahun belajar di Klang pula banyak mengajar saya erti dakwah dan perjuangan dalam mengembangkan dakwah Islam.
Dakwah Rasul Kekasih Allah
Teringat pula kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam mengembangkan dakwah Islam. Tiga Belas (13) tahun Rasulullah s.a.w berdakwah di Mekah membentuk aqidah dan iman para sahabat dan Sepuluh (10) tahun Rasullulah s.a.w berdakwah di Madinah membentuk masyarakat Islam, menjadi pemimpin dan mentadbir sebuah daulah Islam. Bagi saya, kehidupan Rasulullah s.a.w patut dikaji dan dicontohi dalam membentuk masyarakat yang makmur. Uslub dakwah yang digunakan oleh Rasullulah s.a.w juga harus diteladani. Subjek dan sifat-sifat yang ditunjukkan mestilah digunakan dan disesuaikan dengan konteks zaman sekarang bagi mengajar dan membentuk sebuah keluarga. Semestinya, pembentukan pertama harus bermula dari rumah. "Baiti Jannati".
Wallahu A'lam.
saya mahu berlaku benar.. maka pesanlah.. saya mahu bersabar.. maka pesanlah.. berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran itu MENGUNTUNGKAN. bukan kata saya, tp kata ALLAH pabila DIA bersumpah dgn MASA.
ReplyDelete