Semenjak pindah ke pejabat baru di Mid Valley pada tahun 2007, 1 April 2011 (Jumaat) adalah hari bersejarah bagi unit saya kerana ini adalah kali pertama kami bergotong royong membersihkan unit kami bersempena perancangan RMK-9 yang telah menemui noktahnya. Segala dokumen-dokumen yang terkumpul dari tahun 2007 hingga kini dihimpun untuk dijual.
Metodologi 5S
Hampir kesemua pejabat yang saya pergi ada menyatakan amalan 5S dalam kegiatan harian mereka. 5S ini adalah metodologi yang dihasilkan oleh orang jepun untuk mengendalikan ruang kerja yang kondusif, efisien, produktif dan selamat bermula dengan Seiri (Sorting), Seiton (Stabilize), Seiso (Systematic Cleaning), Seiketsu (Systemizing) dan Shitsuke (Self Discipline). Namun, shitsuke yang dicanangkan itu gagal untuk menembusi tembok kesibukan di pejabat saya dalam mewujudkan suasana kerja yang selesa. Maka, wujudkanlah dalam diri perasaan mahu untuk berubah agar gerak kerja yang dilakukan dapat membawa kepada perubahan yang sukses.
Make Over ruang kerja di pejabat |
Longgokan kertas-kertas yang dikumpul selama 3 tahun (pandangan sisi) |
Longgokan kertas-kertas yang dikumpul selama 3 tahun (pandangan hadapan) |
Semangat Kerja Berpasukan
Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan oleh semua rakan-rakan dalam mengemas dan membersihkan unit berjalan dengan lancar. Sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat, semua kerja pembersihan yang berat telah berjaya kami selesaikan. Sekonyong-konyong saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w melalui hadith ke dua puluh tiga (23) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi.Terjemahan hadith
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Syabas diucapkan kepada rakan-rakan di unit kerana telah berjaya memberikan kerjasama yang mantap dalam gotong-royong kali ini. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi aktiviti-aktiviti peringkat unit seterusnya. Terima kasih juga diucapkan pada individu-individu yang telah menaja jamuan makanan ringan untuk semua yang terlibat dalam gotong-royong membersihkan unit. Jazakallahhu Khairan Kasira...
Meja Pembantu Khas Ketua Unit yang dijadikan 'korban' untuk meletakkan kuih muih |
No comments:
Post a Comment