Institut Kanser Negara, Putrajaya |
Peratusan kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkat daripada
7.37 peratus pada tahun 1975 kepada 11.87 peratus pada tahun 2010, menjadikan
kanser “pembunuh nombor dua” negara selepas penyakit jantung. Sehubungan dengan
itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah memasukkan projek Institut
Kanser Negara (IKN), Putrajaya ke dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan menyediakan
Pelan Hala Tuju Kawalan Kanser Negara pada tahun 2008 untuk menangani dan
mengawal penyakit kanser di negara ini.
Penubuhan IKN adalah untuk menampung bilangan pesakit kanser yang
semakin bertambah di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan dan rawatan kanser
yang komprehensif dan terbaik di negara ini. Pihak Kementerian Kesihatan
menganggarkan terdapat 40,000 kes kanser baru yang dikesan setiap tahun di
negara ini. Selain itu, IKN menjadi pusat rujukan dan pusat kecemerlangan bagi
rawatan penyelidikan, latihan dan pencegahan berkaitan kanser di Malaysia.
Institut Kanser Negara, Putrajaya |
Pembinaan IKN yang bermula pada tahun 1 September 2010 kini telah satu
tahun beroperasi di dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan apabila berjaya disiapkan
pada 16 Ogos 2013 iaitu 2 minggu lebih awal daripada jadual. Jabatan Kerja Raya
(JKR) Malaysia sebagai Agensi Pelaksana projek IKN telah menubuhkan sebuah
Pasukan Projek Khas bagi mengawal selia dan memastikan projek berimpak tinggi
ini dapat disiapkan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang telah ditetapkan.
Pandangan Belakang Institut Kanser Negara, Putrajaya |
Dalam tempoh setahun selepas penyerahan projek, Pasukan Projek IKN JKR
telah berjaya memenangi beberapa anugerah iaitu ‘Johan Anugerah Pengurusan
Projek Terbaik 2014’ bagi kategori Pasukan Pengurusan Pembinaan (Reka &
Bina) JKR, ‘Anugerah Piala Pusingan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor
Bisnes’ bagi kategori Pengurusan Projek Terbaik 2014 JKR dan ‘Johan Anugerah
Inovasi Pengurusan Projek (AIPro) 2014’ sempena Hari Inovasi KKR 2014.
Jabatan Kerja Raya melalui
Pasukan Projek Khas IKN telah menggunapakai dan mengimplimentasikan Project
Management Tools sebagai amalan pengurusan projek berdasarkan panduan
daripada A Guide to the Project Management Body
of Knowledge (PMBOK Guide) 4th Edition; 2009. Mengikut PMBOK 4th
Edition, setiap satu
daripada (9) sembilan bidang pengetahuan di dalam Pengurusan Projek mengandungi
aktiviti-aktiviti yang perlu dicapai di dalam bidang yang dirangka untuk
mencapai pengurusan projek yang berkesan. Walau bagaimanapun, edisi terkini
PMBOK 5th Edition yang dikeluarkan pada tahun 2013 telah
menambah satu lagi bidang pengetahuan yang perlu ditangani di dalam pengurusan
projek iaitu Stakeholders Management dan menjadikannya
(10) sepuluh bidang pengetahuan yang perlu dicapai di dalam pengurusan projek.
10 Knowledge Areas in Project Management |
Bagi sesebuah projek pembinaan, terdapat (5) lima fasa utama kitar hayat
sesebuah projek iaitu Initiating, Planning, Execution, Monitoring
& Control dan Closing. Walau bagaimanapun,
perbincangan artikel kali ini adalah menumpu kepada peranan JKR sebagai agensi
pelaksana projek iaitu daripada fasa Planning sehingga Closing. Berikut
adalah ringkasan amalan projek yang telah dilaksanakan untuk projek IKN.
Planning
1. Pengurusan Sumber Manusia
Mewujudkan
Pasukan Projek Khas daripada Agensi Pelaksana (JKR) dan Pihak Pelanggan (KKM)
sepanjang tempoh penyiapan projek untuk bekerjsama dengan pihak kontraktor dan
perunding. Peranan dan tanggungjawab setiap jawatan telah ditentukan dengan
jelas pada peringkat awal bagi memudahkan proses kerja.
2. Pengurusan Skop
Mewujudkan Governance
Council bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pelbagai
agensi seperti kelulusan Development Order dan lain-lain lagi.
3. Pengurusan Kualiti
Penggunaan
Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang dibangunkan JKR meliputi Sistem
Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Sistem Pengurusan Alam
Sekitar.
Execution
1. Pengurusan Kos
Mengadakan Room Data Interaction bagi
memuktamadkan footprint bangunan dan mengenal pasti dengan
terperinci peralatan-peralatan yang terlibat seperti keperluan M&E,
Peralatan Perubatan, Loose & Built–in Furniture,
spesifikasi bahan dll.
2. Pengurusan Komunikasi, Kualiti dan
Masa
Menyiapkan Dokumen Kontrak dalam masa 4 bulan
selepas SST bagi semua disiplin – 9 Jilid dokumen. Kaedahnya adalah melalui
pemantauan rapi dengan mengadakan mesyuarat/ perbincangan/ semakan secara
terperinci dan tindakan segera setiap disiplin dalam tempoh penyediaan dokumen
kontrak.
Monitoring and
Control
1. Pengurusan Integrasi – Project Management Plan (PMP)
Penyediaan PMP pada peringkat awal pembinaan projek
melalui bengkel yang dihadiri oleh semua stakeholder untuk
panduan dan amalan Pasukan Projek dan kontraktor. PMP ini adalah integrasi
kelapan-lapan bidang pengurusan projek dan akan disemak dan dikemaskini pada
setiap 6 bulan.
2. Pengurusan Risiko - Risk Management Plan (RMP)
Penyediaan RMP pada peringkat awal pembinaan
melalui bengkel yang dihadiri oleh semua stakeholder
bagi mengenalpasti risiko projek. Risiko projek dianalisa mengikut rating
dan dikenalpasti pihak bertanggungjawab (Kontraktor, JKR, KKM atau lain-lain)
bagi tujuan tindakan dan tempoh mitigasi. RMP ini dipantau secara rapi dan
dibincang secara terperinci dalam Mesyuarat Teknikal/Tapak setiap bulan. Risiko
yang telah dimitigasikan akan dikeluarkan daripada RMP dan risiko
baru yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam pelan.
3. Pemantauan Rapi Program Kerja – Pengurusan
Masa (30 bulan kerja fizikal 6 bulan T&C)
Program kerja disediakan secara terperinci melalui
2 sesi bengkel yang dihadiri oleh stakeholders
utama dan dibantu oleh pakar (Scheduler)
daripada PROKOM JKR. Program kerja ini digunakan sepenuhnya untuk memantau dan
merancang perjalanan projek.
4. Building Information Modeling
(BIM)
Projek pertama JKR yang menggunakan aplikasi BIM
pada peringkat pembinaan. Ia membolehkan rupabentuk bangunan dilihat melalui
visualisasi gambaran 3 dimensi (Arkitek, Stuktur & Visualizasi MEP).
Aplikasi ini juga dapat membantu mengesan masalah pertembungan (clash analysis) di antara elemen
struktur, arkitek dan servis MEP sebelum dipasang/dibina di tapak projek.
Selain daripada itu, BIM dapat menghasilkan simulasi pembinaan (sebenar
berbanding jadual) sepertimana program kerja.
5. Industrialized Building System
(IBS)
Walaupun projek untuk menyiapkan bangunan hospital
adalah rumit dari segi spesifikasi dan keperluan teknikalnya, tetapi pematuhan
kepada skor IBS minimum 70 berjaya dicapai untuk projek ini dan telah
mempercepatkan masa pembinaan bagi kerja-kerja struktur selama 12 bulan
berbanding jadual 16 bulan.
6. Information Communication
Technology (ICT)
IKN adalah hospital pertama kerajaan yang
melaksanakan kerja infrastruktur rangkaian ICT yang lengkap dengan aplikasi
bagi sistem pengurusan hospital (HIS, OIS, NMIS, CCIS, LIS, RIS/PAC, EIS)
secara komprehensif dan berjaya disiapkan di dalam tempoh pelaksanaan projek
mengikut keperluan dokumen kontrak.
7. Kecekapan Tenaga (Energy
Efficiency)
Projek ini direkabentuk untuk mengoptimumkan
penggunaan tenaga tanpa menjejaskan fungsi bangunan dengan mengambil kira
rekabentuk pasif bangunan, pencahayaan, penggunaan AHU dan Chilled
Water Plant. Elemen Kualiti Udara Dalaman (IAQ) diaplikasikan bagi
memastikan udara bersih dan berkualiti dibekalkan ke dalam bangunan.
8. Mesyuarat mingguan & Lesson
Learnt
Mesyuarat pemantauan kerja mingguan diadakan pada
setiap minggu disertai dengan laporan kemajuan kerja dan penemuan lesson learnt
untuk dibentangkan, dibincang dan dijadikan panduan bagi kerja-kerja yang
seterusnya.
9. Audit Servis atas siling sebelum
siling dipasang
Projek hospital adalah suatu projek yang melibatkan
banyak servis M&E di dalam siling bangunan. Oleh yang demikian, Audit
Servis atas Siling adalah merupakan prosedur yang dibangunkan oleh pasukan
projek secara berjadual dan terperinci. Audit dokumentasi dan penzahiran
produk dilakukan ke setiap bilik mengikut jadual yang padat bagi memastikan
kerja-kerja pemasangan servis atas siling telah disemak dan pemasangan ceiling hanger, ceiling frame dipasang mengikut method
statement sebelum kesemua siling dipasang.
10.Testing & Commissioning (T&C)
Aktiviti T&C diperincikan lebih awal dan
dimasukkan dalam Program Kerja di mana pelaksanaan T&C akan bermula 6 bulan
sebelum tempoh projek siap. Segala dokumen-dokumen yang terlibat akan
disediakan sebelum pelaksanaan T&C.
Closing
1. Room to Room Inspection dan Inventory
counting dibuat lebih awal iaitu 3 bulan sebelum tempoh projek siap
bagi memastikan kelengkapan bilik dan peralatan telah dipenuhi.
2. Terdapat sebanyak 32 bilangan dokumen
sokongan seperti Laporan T&C, O&M, Final Defect List, Warranty
Certificates, Project Site Diary, Inventory List dan lain-lain lagi
telah dapat siapkan untuk diserahkan kepada pihak pelanggan sebelum penyerahan projek.
3. Sehingga 16 Ogos 2013, projek ini
telah berjaya mencapai sasaran 5 million working hours without Lost
Time Injury.
4. Statement Of Final Account (SOFA)
berjaya disiapkan dalam masa 6 bulan selepas tempoh penyerahan projek iaitu
dalam tempoh Defect Liability Period.
Sekilas pandang...Institut Kanser Negara, Putrajaya
No comments:
Post a Comment