Wednesday, 3 January 2018

1.26 Kamu Delisin


Delisin..
Izinkan aku berbicara dengan kamu..
Adakah kamu masih kamu..
Atau adakah kamu adalah aku..

Sekiranya kamu masih kamu..
Maka biarlah aku mengundur diri..
Sekiranya kamu adalah aku..
Aku mahu bicara tanpa kata-kata..

Sen Delisin ..
Yang tahu rahsia aku..
Yang sisir biarkan sisir..
Hanya bicara pada sang fakir..

Janganlah rondah kabut yang kelabu..
Janganlah kecah air yang tenang..
Waham mata yang celik..
Bagai ribut yang melanda..

Yang masin yang biru..
Hulur pada yang mengais..
Yang tinggi yang kuat..
Alhadi yang buat..

Tuesday, 6 June 2017

2.9 Apa itu Pengurusan Nilai (Value Management)




Pengurusan Nilai dikenali dengan nama Value Management (VM) adalah suatu kaedah penilaian yang digunakan secara meluas di negara maju dan negara membangun. Di Malaysia, kaedah ini mula popular dan digunakan secara meluas dalam projek-projek kerajaan apabila pada 24 November 2009, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan Pengurusan Nilai dilaksanakan ke atas  projek Kerajaan  yang bernilai RM50 juta dan ke atas. Oleh yang demikian, bagi memastikan penggunaan kaedah ini diterapkan dalam semua perancangan dan pelaksanaan projek Kerajaan bermula dari peringkat  awal bagi  mendapatkan  pulangan  yang maksimum, Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3/2009 (Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai) bertarikh 29 Disember 2009 mula diperkenalkan dalam menjadikan VM sebagai salah satu alat perancangan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan akan datang.

1.0 Sejarah Pengurusan Nilai
Sejarah Pengurusan Nilai bermula pada tahun 1941 oleh seorang jurutera elektrik Amerika yang bernama Lawrence D. Miles yang bekerja di sebuah syarikat bernama General Electric Company. Kekurangan bahan yang dihadapi oleh GEC menyebabkan Timbalan Presiden GEC ketika itu, Harry Erlicher mengarahkan jabatan perolehan tempat Miles bertugas untuk mengkaji kaedah untuk mengkaji hubungan kos dan fungsi yang sesuai bagi mengatasi masalah kekurangan bahan.

Miles telah menghasilkan satu pendekatan berstruktur untuk mengkaji kos yang berkaitan dengan fungsi yang sesuai secara sistematik tanpa mengurangkan kualiti dan prestasi peralatan.

2.0 Definasi dan Konsep
Antara definasi VM yang popular adalah seperti berikut:-

L.D Miles (1940);
"is an organised approach to the is an organised approach to the identification identification
& elimination of unnecessary costs & elimination of unnecessary costs"

Kelly dan Male (1991);
"VM is a proactive, creative way, problem solving service, using structured systems and multi disciplinary team orientated approach to generate alternatives with the relationship of function with value"

Antara formula yang popular dalam menterjemahkan hubungan Nilai, Fungsi, Kualiti dan Kos adalah teori Dell Isola;



3.0 Metodologi Pengurusan Nilai
Kaedah yang popular dan biasa dipakai bagi mengkaji dan menilai berdasarkan konsep pengurusan nilai adalah melalui penganjuran Worksyop selama sekurang-kurangnya 40 jam. Kebiasaannya mengambil masa selama 5 hari dengan melalui sebanyak 5 fasa.

Fasa 1 - Fasa Maklumat
Fasa 2 - Fasa Analisis Fungsi
Fasa 3 - Fasa Kreativiti
Fasa 4 - Fasa Penilaian
Fasa 5 - Fasa Pembentangan


Wednesday, 23 November 2016

2.9 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional 2.0

Artikel ini untuk menyokong dan melengkapkan lagi 'Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional' dari segi permohonan kepada badan kawal selia iaitu Board of Engineer Malaysia (BEM).

Bagi memudahkan pemahanan terhadap artikel kali ini, tuan/puan perlu merujuk kepada artikel saya sebelum ini iaitu 2.6 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional.

Sambungan daripada Langkah Keempat...

Melalui Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015), secara ringkasnya Jurutera Profesional kini telah mempunyai dua peringkat iaitu:-

1. Jurutera Profesional - 1st tier
2. Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (Practising Certificate) - 2nd tier

FAQ

Soalan:  Apa beza proses mendapatkan 1st tier dan 2nd tier?
Jawapan: Proses untuk mendapatkan 1st tier tetap sama. Proses untuk mendapatkan 2nd tier adalah perlu mendapatkan 1st tier dahulu dan perlu melalui satu lagi ujian yang dinamakan Professional Competency Examination (PCE).

Soalan:  Yang mana perlu saya dapatkan?1st tier atau 2nd tier?
Jawapan: Kita hanya perlu mendapatkan 1st tier sahaja untuk bergelar Jurutera Profesional. 2nd tier adalah untuk Jurutera Profesional yang ingin mengamalkan Perniagaan dan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Profesional. 

Perbezaan Seal berdaftar 2nd tier dan 1st tier. No pendaftaran juga akan mengalami perubahan.

Seterusnya, sedikit ulang kaji untuk Langkah Keempat. Terdapat ada 3 cara untuk bergelar Jurutera Profesional:-
Cara 1: Melalui Professional Assessment Exam oleh BEM
Cara 2: Melalui Corporate Member oleh IEM
Cara 3: Melalui badan kawal selia Jurutera Profesional luar negara (Overseas Regularly Body)

Perbezaan antara Cara 1, Cara 2 dan Cara 3

Bagi yang ingin mendapatkan sehingga 2nd tier, selamat maju jaya diucapkan. Saya kongsikan contoh surat kelulusan permohonan 2nd tier sebagai pembakar semangat. Apa tunggu lagi...



Untuk artikel seterusnya, mungkin kita boleh melihat perkembangan terkini terhadap pendaftaran Teknologi Kejuruteraan (Engineering Technology) di bawah badan kawal selia BEM.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...