Friday, 24 June 2016

1.24 Ramadhan 2016....tambah lagi amalan

Ramadhan tahun 2015 ada cabaran yang tersendiri. Tarbiyyah ramadhan 1436H adalah bulan yang menguji kesabaran kerana alahan kuat isteri tercinta. Satu bulan ramadhan isteri menanggung sakit alah dan mual. Alhamdulillah Allah sentiasa memberikan ujian mengikut kemampuan hambaNya. Sentiasa ada 'jalan keluar' atas setiap permasalahan yang dihadapi bagi sesiapa yang memandang dengan mata hati.

Alhamdulillah Ramadhan 2016 bersamaan 1437H kali ini memberi tarbiyyah yang berlainan pula. Ilmu dapat, amal pun dapat. 11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437H adalah satu tarikh yang perlu diingat untuk memulakan menghitung.



Bersama-sama ini saya kongsikan apa kebaikan beramal dengan surah al-ikhlas.

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, 

”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, aku melihat Arasy di atas 360,000 tiang dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap tiang itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan". 

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70,000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. 

Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". 
(HR Qurthuby)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...