Friday, 29 June 2018

3.3 Jemputan Infaq Khairat Pendidikan Sahabat Insani


JEMPUTAN INFAQ 
KHAIRAT PENDIDIKAN SAHABAT INSANI




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ayuh bersama untuk membantu anak-anak tahfiz ini. Kita sama-sama semarakkan usaha lahirkan para pendakwah yang profesional.


Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia
Institusi ini adalah bumbung berteduh anak-anak permata semaian generasi masa hadapan. Setiap masa, setiap detik dibibir mereka meniti ayat-ayat suci wahyu Ilahi dan zikir-zikir penenang jiwa. Anak-anak kecil ini berkorban berjauhan dari kasih sayang ibu bapa demi membina jiwa menjadi insan berakhlak lagi berilmu.

Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia (PPM-008-05-23122011) menjunjung amanah umat untuk membangun institusi yang menggerak agenda kebajikan, dakwah dan ilmu.

Demi iltizam melahirkan Generasi Mutadabbir Profesional yang Hafiz, Faqih dan Murabbi, institusi ini telah menubuhkan tiga institusi teras iaitu SRITI Tahfiz Sahabat Insani, Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani dan Akademi Pengajian Sahabat Insani.



Berjuang atas wadah NGO, institusi ini amat memerlukan sumbangan Khairat Pendidikan berbentuk kewangan, makanan, peralatan, program dan sebagainya. Institusi ini tetap gigih meneruskan operasi pendidikan dengan berbekal komitmen pengorbanan para muaddib/muaddibah serta warga kerja walau dalam keadaan perbelanjaan defisit. Usaha kebajikan Khairat Pendidikan ini akan dibantu dan didukung oleh insan dermawan yang berjiwa luhur demi pelaburan amal soleh dan sedekah jariah.

Justeru, institusi ini menawarkan Khairat Pendidikan ini untuk tujuan berikut:

1. TANGGUNGAN 💲– Pembelajaran anak yatim dan murid miskin
2. PENTADBIRAN – Pentadbiran dan pengurusan operasi, penggajian dan sewaan bangunan
3. PdP – Pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti murid
4. TARBIYYAH – Program pembangunan insan murid dan masyarakat awam
5. MAKANAN - Kos makan minum murid RM300 sehari
6. PEMBANGUNAN - Pembangunan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani



Pusat pengajian ini terletak berhadapan dengan Masjid Dato' Klana Petra Nilai, Negeri Sembilan.

Wallahu A'lam.

Wednesday, 3 January 2018

1.26 Kamu Delisin


Delisin..
Izinkan aku berbicara dengan kamu..
Adakah kamu masih kamu..
Atau adakah kamu adalah aku..

Sekiranya kamu masih kamu..
Maka biarlah aku mengundur diri..
Sekiranya kamu adalah aku..
Aku mahu bicara tanpa kata-kata..

Sen Delisin ..
Yang tahu rahsia aku..
Yang sisir biarkan sisir..
Hanya bicara pada sang fakir..

Janganlah rondah kabut yang kelabu..
Janganlah kecah air yang tenang..
Waham mata yang celik..
Bagai ribut yang melanda..

Yang masin yang biru..
Hulur pada yang mengais..
Yang tinggi yang kuat..
Alhadi yang buat..

Tuesday, 6 June 2017

2.9 Apa itu Pengurusan Nilai (Value Management)




Pengurusan Nilai dikenali dengan nama Value Management (VM) adalah suatu kaedah penilaian yang digunakan secara meluas di negara maju dan negara membangun. Di Malaysia, kaedah ini mula popular dan digunakan secara meluas dalam projek-projek kerajaan apabila pada 24 November 2009, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan Pengurusan Nilai dilaksanakan ke atas  projek Kerajaan  yang bernilai RM50 juta dan ke atas. Oleh yang demikian, bagi memastikan penggunaan kaedah ini diterapkan dalam semua perancangan dan pelaksanaan projek Kerajaan bermula dari peringkat  awal bagi  mendapatkan  pulangan  yang maksimum, Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3/2009 (Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai) bertarikh 29 Disember 2009 mula diperkenalkan dalam menjadikan VM sebagai salah satu alat perancangan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan akan datang.

1.0 Sejarah Pengurusan Nilai
Sejarah Pengurusan Nilai bermula pada tahun 1941 oleh seorang jurutera elektrik Amerika yang bernama Lawrence D. Miles yang bekerja di sebuah syarikat bernama General Electric Company. Kekurangan bahan yang dihadapi oleh GEC menyebabkan Timbalan Presiden GEC ketika itu, Harry Erlicher mengarahkan jabatan perolehan tempat Miles bertugas untuk mengkaji kaedah untuk mengkaji hubungan kos dan fungsi yang sesuai bagi mengatasi masalah kekurangan bahan.

Miles telah menghasilkan satu pendekatan berstruktur untuk mengkaji kos yang berkaitan dengan fungsi yang sesuai secara sistematik tanpa mengurangkan kualiti dan prestasi peralatan.

2.0 Definasi dan Konsep
Antara definasi VM yang popular adalah seperti berikut:-

L.D Miles (1940);
"is an organised approach to the is an organised approach to the identification identification
& elimination of unnecessary costs & elimination of unnecessary costs"

Kelly dan Male (1991);
"VM is a proactive, creative way, problem solving service, using structured systems and multi disciplinary team orientated approach to generate alternatives with the relationship of function with value"

Antara formula yang popular dalam menterjemahkan hubungan Nilai, Fungsi, Kualiti dan Kos adalah teori Dell Isola;



3.0 Metodologi Pengurusan Nilai
Kaedah yang popular dan biasa dipakai bagi mengkaji dan menilai berdasarkan konsep pengurusan nilai adalah melalui penganjuran Worksyop selama sekurang-kurangnya 40 jam. Kebiasaannya mengambil masa selama 5 hari dengan melalui sebanyak 5 fasa.

Fasa 1 - Fasa Maklumat
Fasa 2 - Fasa Analisis Fungsi
Fasa 3 - Fasa Kreativiti
Fasa 4 - Fasa Penilaian
Fasa 5 - Fasa Pembentangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...